Saturday, June 7, 2014

Melayan Suami Anak Mak



Melayan Suami Anak Mak
Ramai wanita yang mengeluh dapat suami anak emak. Apa tidaknya si isteri pasti makan hati menyimpan rasa cemburu atas layanan istimewa suami kepada ibunya. Bagi lelaki begini, ibu adalah wanita nombor satu dalam hidupnya, segala kemahuan ibu dituruti tanpa sebarang syarat. Usah pening kepala, lelaki anak emak boleh dijinakkan jika kena caranya. Ikuti tip yang Mingguan Wanita kongsikan ini:

Terima kenyataan mengenai keakraban suami dan ibunya

 
Anda yang membuat keputusan untuk berkahwin dengan suami jadi jangan menyalahkan orang lain. Terima kenyataan sikap suami yang amat mendambakan ibunya di sisi. Mulanya memang perit tetapi lama-kelamaan anda akan dapat menyesuaikan diri. Ingat! Lebih baik suami mengisi masa dengan ibunya berbanding perempuan lain.

Elakkan cemburu dengan ibu mentua

 
Buat penat sahaja bersaing dengan ibu mertua kerana nanti akhirnya anda juga akan kecewa. Sebagaimana ibu menyayangi anda, begitu juga perasaan ibu mertua kepada suami anda. Jadi bina hubungan yang baik dengan ibu mertua dan belajar mengambil hatinya. Usaha anda akan membuatkan ibu mertua rasa dihargai.

Luahkan isi hati anda dengan bahasa yang lembut

 
Jika sikap suami keterlaluan, tegur dengan cara yang lembut. Jangan sesekali memburukkan ibu mertua kerana ia akan mengundang kemarahan suami. Sebaliknya nyatakan perasaan bahawa anda rasa sedih dan terpinggir, agar suami memahaminya. Elak daripada memedam rasa.

Luang masa bersama ibu mertua

 
Anda mesti bijak mengambil peluang, luangkan masa lapang bersama ibu mertua. Temani dia melakukan aktiviti yang digemari seperti memasak, membeli belah atau berkebun. Cara ini akan membuatkan hubungan kalian bertambah mesra dan suami tidak perlu sentiasa berada di sisi ibunya.

Berikan kejutan kepada ibu mertua

 
Tidak salah sekali sekala memberi kejutan kepada ibu mertua terutama menjelang hari lahirnya atau ulang tahun perkahwinan. Sikap ini akan membuatkan suami dan ibu mertua terharu dan anda pasti mendapat tempat istimewa di hati mereka. Jika anda bijak mengambil hati ibu mertua, sudah pasti suami juga dalam genggaman anda.


www.pakarsuamisteri.blogspot.com

Oleh: Nadia Mingguan Wanita
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...





Powered By IMuslimNetwork
Support Us!