Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Tuesday, March 24, 2015

20 PETUA KELUARGA BAHAGIA..




20 PETUA KELUARGA BAHAGIA..

 1. Doa yang berterusan.
 
2. Patuh ajaran agama.

 
3. Murah dengan pujian.

 
4. Murah dengan khidmat.

 
5. Murah dengan belaian kasih sayang.

 
6. Murah dengan sentuhan.

 
7. Mencari kebaikan pasangan.

 
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

 
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

 
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

 
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

 
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

 
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah
sementara.

 
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

 
15. Tolak-ansur.

 
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition)
perempuan.

 
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

 
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

 
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

 
20. Sanggup berkorban buat pasangan.


www.bicararumahtangga.blogspot.com

Monday, February 16, 2015

PETUA PERKAHWINAN



PETUA PERKAHWINAN


Semua pasangan suami isteri inginkan rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, tanpa usaha dan doa ia sukar dicapai.

Lakukan yang terbaik untuk memastikan alam perkahwinan anda terus segar dengan semarak kasih sayang. Petua berikut mungkin dapat membantu impian tersebut.

* Sentuhlah tangannya selalu.

* Ajaklah dia mandi bersama.

* Seminggu sekali, luangkan masa untuk urut tubuhnya.

* Timbulkan ‘mood’ anda berdua di kamar dengan alunan irama instrumental yang mengasyikkan.

* Pastikan kamar tidur anda sentiasa harum.

* Tulislah nota cinta buat si dia.

* Ingat, penampilan memainkan peranan yang cukup penting dalam rumah tangga, jadi pastikan diri sentiasa kemas dan wangi walaupun hanya di dalam rumah.

* Bingkaikan gambar anda berdua dan gantungkan pada dinding rumah atau pun letak atas meja supaya dapat ditatap selalu dan diimbas kenangan lalu yang indah.

* Sentiasalah bersikap terbuka dan boleh menerima kritikan.

* Elakkan daripada bercakap kasar dengan orang tersayang.

* Jangan lepaskan kemarahan kepada si dia.

* Sekiranya rasa marah kepadanya, cubalah kenang kembali kisah-kisah lama. Anda pasti lebih tenang.

* Ingat, janganlah sesekali merendah-rendahkan si dia depan orang lain.

* Sentiasa menghargai setiap apa yang dilakukannya terhadap anda.

* Bantulah orang tersayang dengan rela hati setiap masa tanpa berkira.

* Cubalah pujuk jika dia sedang berduka.

* Bisikkanlah kata-kata kasih dan cinta di telinganya selalu.

* Peluklah si dia sekerap mungkin.

* Sentiasa berdoa agar rumah tangga kekal bahagia hingga ke syurga.


www.panduansuamisteri.blogspot.com

Tuesday, September 16, 2014

12 Cara Isteri Supaya Sentiasa Disayangi Suami




12 Cara Isteri Supaya Sentiasa Disayangi Suami

1. Isteri bangun awal dahulu, jangan sampai suami bangun dan memasak untuk isteri.

2. Segera siapkan minuman pagi hari kesukaan suami, spt kopi atau teh atau susu. Tawarkan, menu apa yang diinginkan pagi ini.

3. Bila suami pergi kerja, hantar sampai ke depan pintu, pastikan isteri sudah dalam keadaan rapi.

4. Bila suami pulang kerja, jangan sampai keadaan rumah dalam keadaan berselerak. Sambut suami dengan senyuman yang indah.

5. Jangan lupa, sediakan makanan kesukaan suami bila dia pulang kerja.

6. Sederhana dalam berpenampilan. umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan dengan mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih indah kecantikan asli perempuan.

7. Jika ada masalah, apapun yang bergejolak dihati Anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami.

8. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka.

9. Berusaha untuk menjadi sahabat yang menyenangkan di bilik tidur. Banyak perempuan masih merasa malu untuk bersikap agresif walaupun kepada suaminya sendiri. Anggapan bahawa perempuan yang agresif dan tidak terhormat hanya untuk perempuan single. Tentu saja anggapan ini tidak berlaku untuk seorang isteri yang sudah ada suaminya sendiri.

10. Jika ada persoalan, segera tanyakan dengan suami, jangan simpan masalah di hati. Apalagi membocorkan rahsia diluar rumah.

11. Jika ingin keluar, minta izin atau atas pengetahuan suami.

12. Jangan menjadi isteri yang boros dalam belanja. Terutama untuk hal hal yang tidak penting.


www.panduansuamisteri.blogspot.com

Tuesday, September 2, 2014

Cara - Cara Menangani Isteri Degil




PETUA :NASIHAT ISTERI DEGIL …

Lumrah perkahwinan ada dugaannya dan diuji dengan isteri yang degil mungkin sebahagian daripada dugaan buat suami. Boleh jadi ia berpunca daripada sikap isteri yang kurang matang, terlalu manja, emosional tak bertempat, terlalu cemburu, kerap merajuk, ego dan sombong serta perkahwinan tidak sekufu. Oleh itu bagaimana suami mendidik isteri sebegini. Ikuti tips daripada Ustaz Mohd Fikri.

Nasihati isteri dengan kebaikan

Bagi suami yang ingin membentuk sahsiah dan peribadi isteri yang bersikap sedemikian, nasihatilah isteri dengan kebaikan. Gunakan kata-kata yang baik dan boleh melembutkan hatinya.

Berikan pujian pada setiap kebaikan yang dilakukan. Untuk mencapai matlamat itu, suami perlu menggunakan kata-kata baik yang boleh melembutkan hati isteri. Wanita gemar jika dipuji. Sebab itulah, suami perlu memuji isteri pada setiap kebaikan yang dilakukan. Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dan makian yang membuatkan isteri ingat sampai bila-bila.

Memulau isteri

Ada juga isteri yang tidak suka mendengar nasihat walau dimarahi. Dalam situasi ini suami boleh bertindak memulaukannya hingga ke tahap memukulnya tanpa mencederakannya. Firman Allah dalam surah An Nisa ayat 34 yang bermaksud; “Perempuan-perempuan yang kamu khuatirkan akan nusyuz hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkan mereka di tempat tidurnya atau pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaati kamu maka janganlah mencari-cari alasan untuk menyusahkan mereka.”

Tundukkan isteri dengan kasih sayang

Dalam konteks menegur isteri agar tidak terasa hati ini sebenarnya ia tidak perlu pukulan, makian dan pemulauan terhadap si isteri, paling mustahak adalah kasih sayang dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar. Berbincanglah dan berbuallah, dengar rintihannya dan ajaklah dia memahami anda. Isteri adalah manusia biasa yang perlu dibelai dan dipujuk demi mencari bahagia dalam kehidupan.

Latih diri kenali hati budi isteri

Gunakan sebaiknya masa yang ada untuk menegur sikap isteri dan berlatihlah mengenali hati budinya yang positif dan negatif dalam menelusuri ranjau kehidupan. Dalam hal ini, ia merupakan satu usaha yang berbaloi bagi suami dalam membina sebuah rumah tangga yang matang dan bahagia di masa hadapan.






Jangan libatkan orang luar

Ada kalanya keluarga perlu membantu untuk menegur sikap isteri. Tetapi apa yang sebaiknya dalam soal yang remeh ia tidak perlu dicampuri oleh orang lain kerana kebiasaannya rumah tangga yang berantakan ini berpunca daripada campur tangan pihak ‘luar’.

Jangan jadikan ini satu kesilapan dengan membawa orang lain membantu mengatasi masalah rumah tangga kerana mereka juga bermasalah. Cara biasa mereka ingin menghentikan masalah orang lain yang kerap mengganggu hidup mereka ialah ‘memendekkan’ masalah tersebut agar tidak mengganggu kehidupan mereka lagi. Tidak hairanlah separuh kes perceraian yang banyak berlaku di negara kita adalah berpunca campur tangan luar sama ada keluarga, adik beradik, kawan rapat dan orang ketiga.


www.panduansuamisteri.blogspot.com

Wednesday, June 18, 2014

Panduan : Suami Cerewet Atau Isteri Cerewet

Mengendalikan sikap cerewet suami atau isteri

Memikirkan suami atau isteri yang cerewet sering dianggap sesuatu yang membosankan. Apa tidaknya, semua perkara perlu dilakukan harus tampak sempurna di depan mata pasangan.

Mempunyai isteri cerewet bukanlah satu perkara luar biasa kerana sememangnya wanita sinonim dengan sikap mudah meluahkan perasaan.

Namun, suami cerewet pula bukan ditakdirkan untuk semua isteri dan hanya sebahagian kecil yang merasainya kerana jarang lelaki banyak bercakap berbanding gemar memendam rasa.

Jangan bersedih atau memandangnya sebagai perkara negatif. Sebaliknya, anggap ia sebagai perkara positif yang boleh menjadikan rumah tangga dan hubungan bersama pasangan bertambah mesra.

Kita sepatutnya bersyukur memiliki pasangan cerewet kerana berpeluang mengetahui segala isi hatinya yang "tidak puas hati" dengan tindakan anda.

Berbanding pasangan pendiam atau sambil lewa, kita tidak mungkin tahu isi hatinya atau kesilapan dilakukan walaupun menjadi sebahagian daripada hidupnya bertahun-tahun lamanya.

Justeru, sebagai pasangan kita harus bijak mengendalikan sikap cerewet suami atau isteri tanpa ada rasa tertekan.

Misalnya, jika suami cerewet mengenai pakaian yang perlu digosok licin, isteri perlu tahu kehendaknya dan pastikan hasil kerja sama seperti cita rasa diinginkan.

Sama juga dengan makanan kegemaran suami. Isteri perlu faham jika suami tidak makan pedas dengan mendalami lebih banyak ilmu sebagai usaha untuk memenangi hatinya.

Suami juga perlu faham jika memiliki isteri cerewet terutama mengenai susun atur rumah atau jadual perjalanan bagi mengelakkan anda pula lemas mendengar celoteh isteri.

Beberapa perkara perlu difahami jika memiliki pasangan cerewet agar rumah tangga dibina lebih sempurna dengan setiap kritikan membina mereka.

Ada yang kurang, ada yang lebih


Setiap pasangan perlu bersyukur jika mereka memiliki suami atau isteri cerewet. Anggap ia sebagai hiburan yang tidak pernah dijangka.

Anda perlu sedar jika sikap cerewet berkenaan tiba-tiba hilang pasti kita akan merinduinya dan boleh memahami ada sesuatu yang tidak kena dengan pasangan.

Suami harus tahu isteri memang sinonim dengan sikap seorang ibu yang `suka bising' sebagai tanda sayang mereka kepada anda dan juga anak-anak.

Apabila tiada lagi kasih, anda tidak akan dipedulikan, hilang sikap cerewet sekali gus membuatkan kita rasa disisihkan.

Apabila gagal memahami'

 
Masalah timbul dalam kalangan pasangan cerewet apabila suami atau isteri gagal memahami dirinya. Kebanyakan pasangan mengambil jalan mudah dengan merasakan diri mereka difahami kerana sudah melalui hidup bersama dalam tempoh lama.

Walaupun kita berkawan dengan pasangan sebelum berkahwin atau sudah melalui tempoh lama dalam perkahwinan, kita masih belum dapat mengenali mereka sepenuhnya.

Sikap manusia yang mudah berubah sama ada kecil atau besar bukan sesuatu yang mudah disedari. Jika ingin mengenal pasti sikap pasangan, amalkan suka bertanya, berbincang dan berterus terang.

Ia termasuklah berkaitan perjalanan hidup rumah tangga seperti jadual kerja anda. Ia memudahkan pasangan untuk memahami sama ada sesuatu tugas di rumah itu dapat dilakukan sendirian atau bersama-sama.

Sabar dan doa


Sentiasa mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menangani sikap cerewet pasangan di samping berusaha memenuhi kehendak hati mereka.

Jika kurang sabar, pasti pergaduhan akan berlaku hingga menjejaskan hubungan yang baik dalam rumah tangga.

Selain bersabar, kita juga perlu banyak berdoa supaya Allah melembutkan hati pasangan agar dia bertolak ansur pada suami atau isteri.

Bagi mereka yang mempunyai sikap cerewet, cuba berubah. Jangan hanya harapkan pasangan memahami anda sebaliknya berubahlah demi keselesaan pasangan anda.

Fahami bahasa cinta suami

Memang sikap lelaki ada yang tidak suka menunjukkan cara sebenar secara terang-terangan apabila mereka menyayangi pasangan.

Walaupun suami tidak mengungkapkan kata `Saya cinta Awak' atau `Kaulah Kekasihku', cinta mereka tetap ada untuk pasangan.

Justeru, cuba fahami bahasa cinta suami untuk mengeratkan hubungan agar ia terus berkekalan hingga ke akhir hayat.

* Pandangan mata


Mata tidak hanya untuk memandang tetapi berfungsi sebagai penyampai maksud dan pesanan yang jujur.

Lihat pada mata pasangan. Jika dia pandang terus pada anda dan tidak terganggu dengan keadaan sekeliling bermakna kita amat bererti baginya.

* Ingat makanan kegemaran pasangan

 
Mengingati makanan kegemaran pasangan salah satu tanda cinta yang selama ini dipendamnya.

Misalnya jika kita gemar kek pisang, suami akan membeli makanan kegemaran itu jika dia terlihat ada orang menjualnya.

Ia antara cara suami menunjukkan perhatiannya pada anda.

* Berbicara mengenai masa depan


Suami lebih senang duduk berbincang dengan isteri mengenai masa depan keluarga sama ada soal rumah, kewangan, hal anak-anak atau seumpamanya.

Tingkah laku berkenaan menunjukkan suami ingin bersama anda untuk selama-lamanya.

* Menghargai hadiah diberikan


Dulu hingga sekarang, suami tetap setia menggunakan dompet yang dihadiahkan isteri tanpa mahu menukarnya kepada yang baru walaupun keadaannya tampak buruk.

Ia menunjukkan tanda terima kasih dan sayang suami kepada isteri dengan menjaga hadiah diberikan sepenuh hati.

* Selalu di sisi

 
Ketika keluar bersiar-siar, suami lebih senang berada dekat dengan isteri bagaikan di awal percintaan dulu.

Dia lebih senang melihat isteri dalam keadaan selamat dan sedia memberi bantuan ketika anda memerlukannya.

* Lakukan bersama-sama


Mungkin ada suami yang tidak mahu menyertai aktiviti bersama rakan di luar jika isteri tidak mahu menyertai.

Seboleh-bolehnya, suami merayu untuk keluar bersama bertemu rakan bagi memastikan setiap aktiviti dilakukan diketahui isteri.

* Rahsia

Pasangan tidak pernah berahsia mengenai semua perkara sepanjang bergelar suami isteri. Apa saja cerita yang berlaku sama ada di pejabat atau rumah akan dikongsi bersama isteri.

Namun, kisah berdua antara suami dan isteri tidak akan diceritakan kepada orang lain bagi menjaga maruah pasangannya.

* Rela menjemput

Suami sanggup meredah kesesakan lalu lintas dan keletihan ketika isteri berada dalam keadaan terdesak seperti pulang sendiri ke rumah dari pejabat.

Malah, mereka tidak akan mengeluh atau melengahlengahkan masa jika isteri meminta bantuan untuk menjemputnya di tempat kerja atau di mana saja.

Sikap suami itu menunjukkan dia benar-benar ambil berat mengenai keselamatan isteri jika tidak berada bersamanya.


www.panduansuamisteri.blogspot.com

Saturday, June 7, 2014

Melayan Suami Anak Mak



Melayan Suami Anak Mak
Ramai wanita yang mengeluh dapat suami anak emak. Apa tidaknya si isteri pasti makan hati menyimpan rasa cemburu atas layanan istimewa suami kepada ibunya. Bagi lelaki begini, ibu adalah wanita nombor satu dalam hidupnya, segala kemahuan ibu dituruti tanpa sebarang syarat. Usah pening kepala, lelaki anak emak boleh dijinakkan jika kena caranya. Ikuti tip yang Mingguan Wanita kongsikan ini:

Terima kenyataan mengenai keakraban suami dan ibunya

 
Anda yang membuat keputusan untuk berkahwin dengan suami jadi jangan menyalahkan orang lain. Terima kenyataan sikap suami yang amat mendambakan ibunya di sisi. Mulanya memang perit tetapi lama-kelamaan anda akan dapat menyesuaikan diri. Ingat! Lebih baik suami mengisi masa dengan ibunya berbanding perempuan lain.

Elakkan cemburu dengan ibu mentua

 
Buat penat sahaja bersaing dengan ibu mertua kerana nanti akhirnya anda juga akan kecewa. Sebagaimana ibu menyayangi anda, begitu juga perasaan ibu mertua kepada suami anda. Jadi bina hubungan yang baik dengan ibu mertua dan belajar mengambil hatinya. Usaha anda akan membuatkan ibu mertua rasa dihargai.

Luahkan isi hati anda dengan bahasa yang lembut

 
Jika sikap suami keterlaluan, tegur dengan cara yang lembut. Jangan sesekali memburukkan ibu mertua kerana ia akan mengundang kemarahan suami. Sebaliknya nyatakan perasaan bahawa anda rasa sedih dan terpinggir, agar suami memahaminya. Elak daripada memedam rasa.

Luang masa bersama ibu mertua

 
Anda mesti bijak mengambil peluang, luangkan masa lapang bersama ibu mertua. Temani dia melakukan aktiviti yang digemari seperti memasak, membeli belah atau berkebun. Cara ini akan membuatkan hubungan kalian bertambah mesra dan suami tidak perlu sentiasa berada di sisi ibunya.

Berikan kejutan kepada ibu mertua

 
Tidak salah sekali sekala memberi kejutan kepada ibu mertua terutama menjelang hari lahirnya atau ulang tahun perkahwinan. Sikap ini akan membuatkan suami dan ibu mertua terharu dan anda pasti mendapat tempat istimewa di hati mereka. Jika anda bijak mengambil hati ibu mertua, sudah pasti suami juga dalam genggaman anda.


www.pakarsuamisteri.blogspot.com

Oleh: Nadia Mingguan Wanita


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...





Powered By IMuslimNetwork
Support Us!