Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, September 16, 2014

12 Cara Isteri Supaya Sentiasa Disayangi Suami




12 Cara Isteri Supaya Sentiasa Disayangi Suami

1. Isteri bangun awal dahulu, jangan sampai suami bangun dan memasak untuk isteri.

2. Segera siapkan minuman pagi hari kesukaan suami, spt kopi atau teh atau susu. Tawarkan, menu apa yang diinginkan pagi ini.

3. Bila suami pergi kerja, hantar sampai ke depan pintu, pastikan isteri sudah dalam keadaan rapi.

4. Bila suami pulang kerja, jangan sampai keadaan rumah dalam keadaan berselerak. Sambut suami dengan senyuman yang indah.

5. Jangan lupa, sediakan makanan kesukaan suami bila dia pulang kerja.

6. Sederhana dalam berpenampilan. umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan dengan mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih indah kecantikan asli perempuan.

7. Jika ada masalah, apapun yang bergejolak dihati Anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami.

8. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka.

9. Berusaha untuk menjadi sahabat yang menyenangkan di bilik tidur. Banyak perempuan masih merasa malu untuk bersikap agresif walaupun kepada suaminya sendiri. Anggapan bahawa perempuan yang agresif dan tidak terhormat hanya untuk perempuan single. Tentu saja anggapan ini tidak berlaku untuk seorang isteri yang sudah ada suaminya sendiri.

10. Jika ada persoalan, segera tanyakan dengan suami, jangan simpan masalah di hati. Apalagi membocorkan rahsia diluar rumah.

11. Jika ingin keluar, minta izin atau atas pengetahuan suami.

12. Jangan menjadi isteri yang boros dalam belanja. Terutama untuk hal hal yang tidak penting.


www.panduansuamisteri.blogspot.com

Tuesday, September 2, 2014

Cara - Cara Menangani Isteri Degil




PETUA :NASIHAT ISTERI DEGIL …

Lumrah perkahwinan ada dugaannya dan diuji dengan isteri yang degil mungkin sebahagian daripada dugaan buat suami. Boleh jadi ia berpunca daripada sikap isteri yang kurang matang, terlalu manja, emosional tak bertempat, terlalu cemburu, kerap merajuk, ego dan sombong serta perkahwinan tidak sekufu. Oleh itu bagaimana suami mendidik isteri sebegini. Ikuti tips daripada Ustaz Mohd Fikri.

Nasihati isteri dengan kebaikan

Bagi suami yang ingin membentuk sahsiah dan peribadi isteri yang bersikap sedemikian, nasihatilah isteri dengan kebaikan. Gunakan kata-kata yang baik dan boleh melembutkan hatinya.

Berikan pujian pada setiap kebaikan yang dilakukan. Untuk mencapai matlamat itu, suami perlu menggunakan kata-kata baik yang boleh melembutkan hati isteri. Wanita gemar jika dipuji. Sebab itulah, suami perlu memuji isteri pada setiap kebaikan yang dilakukan. Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dan makian yang membuatkan isteri ingat sampai bila-bila.

Memulau isteri

Ada juga isteri yang tidak suka mendengar nasihat walau dimarahi. Dalam situasi ini suami boleh bertindak memulaukannya hingga ke tahap memukulnya tanpa mencederakannya. Firman Allah dalam surah An Nisa ayat 34 yang bermaksud; “Perempuan-perempuan yang kamu khuatirkan akan nusyuz hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkan mereka di tempat tidurnya atau pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaati kamu maka janganlah mencari-cari alasan untuk menyusahkan mereka.”

Tundukkan isteri dengan kasih sayang

Dalam konteks menegur isteri agar tidak terasa hati ini sebenarnya ia tidak perlu pukulan, makian dan pemulauan terhadap si isteri, paling mustahak adalah kasih sayang dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar. Berbincanglah dan berbuallah, dengar rintihannya dan ajaklah dia memahami anda. Isteri adalah manusia biasa yang perlu dibelai dan dipujuk demi mencari bahagia dalam kehidupan.

Latih diri kenali hati budi isteri

Gunakan sebaiknya masa yang ada untuk menegur sikap isteri dan berlatihlah mengenali hati budinya yang positif dan negatif dalam menelusuri ranjau kehidupan. Dalam hal ini, ia merupakan satu usaha yang berbaloi bagi suami dalam membina sebuah rumah tangga yang matang dan bahagia di masa hadapan.






Jangan libatkan orang luar

Ada kalanya keluarga perlu membantu untuk menegur sikap isteri. Tetapi apa yang sebaiknya dalam soal yang remeh ia tidak perlu dicampuri oleh orang lain kerana kebiasaannya rumah tangga yang berantakan ini berpunca daripada campur tangan pihak ‘luar’.

Jangan jadikan ini satu kesilapan dengan membawa orang lain membantu mengatasi masalah rumah tangga kerana mereka juga bermasalah. Cara biasa mereka ingin menghentikan masalah orang lain yang kerap mengganggu hidup mereka ialah ‘memendekkan’ masalah tersebut agar tidak mengganggu kehidupan mereka lagi. Tidak hairanlah separuh kes perceraian yang banyak berlaku di negara kita adalah berpunca campur tangan luar sama ada keluarga, adik beradik, kawan rapat dan orang ketiga.


www.panduansuamisteri.blogspot.com

Tuesday, August 5, 2014

PeTUA mEnDAPAT AnAk SOLEH/SOLEHAH


PeTUA mEnDAPAT AnAk SOLEH/SOLEHAH

Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Doa anak jadi soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pandangan:

رَبَّÙ†َا Ù‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ø£َزْÙˆَجِÙ†َا ÙˆَذُرِّÙŠَّـتِÙ†َا Ù‚ُرَّØ©َ Ø£َعْÙŠُÙ†ٍ ÙˆَاجْعَÙ„ْÙ†َا Ù„ِÙ„ْÙ…ُتَّÙ‚ِينَ Ø¥ِÙ…َاماً
(Al-furqan : 74)


www.ibubapamithali.blogspot.com

Tuesday, July 8, 2014

BEBERAPA PEDOMAN BUAT ISTERI SOLEHAH


BEBERAPA PEDOMAN BUAT ISTERI SOLEHAH

Perkahwinan itu adalah satu perkongsian, segala yang haram antara lelaki dan wanita menjadi halal dengannya. Antaranya adalah persetubuhan yang menjadi salah satu penzahiran kemuncak rasa kasih sayang dan rindu suami terhadap isteri dan begitu juga sebaliknya.

Suami yang beriman sentiasa memikirkan beban tanggungjawab dalam memikul amanah kepimpinan hidup keluarganya. 9 bahagian waktu digembeling dengan akal buat menyediakan ilmu, mencari nafkah, keselamatan, perlindungan dan pelbagai tanggungjawab terhadap keluarga. Hanya 1 bahagian sahaja berbaki untuk melayani nafsunya, terutama apabila sudah lanjut usianya.

Kemuncak rasa kasih dan rindu seorang suami yang menyebabkan ia ingin bersama dengan isteri tercinta itu boleh datang 'tidak semena-mena'. Suami beriman tidak akan melampias nafsunya kepada wanita lain atau secara mungkar. Sesungguhnya keinginan itu adalah satu bentuk penghargaan dan merupakan 'hadiah besar' yang didambakan oleh para isteri juga. Oleh itu, amatlah tidak wajar ia dibiarkan membazir begitu sahaja.. Isteri yang menolak ajakan suami adalah munafik, menipu diri sendiri sebenarnya. Munafik itu adalah bahan bakar, atau kerak api neraka.

Kerana itu, isteri harus sensitif dengan keinginan suami itu dan sentiasa mempersiapkan diri untuk ‘memikat’ selera sang suami biar apapun rupa dan usianya. Gunakanlah anugerah 1 akal pada wanita untuk mengatur 9 nafsu yang ada padanya bagi memikat dan sentiasa menyediakan diri untuk suaminya.

Usaha itu akan menampakkan keredhaan isteri terhadap suami dan tanda keinginannya untuk bersama suaminya. Senyuman redha dari wajah isteri adalah keindahan yang sebenarnya. Keredhaan itu juga yang akan membuatkan wajah isteri jadi indah berseri dan ceria menawan, biarpun usia sudah tua, biarpun tubuh sudah kerepot dan banyak spare tyre. Itulah sebahagian dari rahsia ciri isteri solehah, perhiasan terindah bagi seorang suami dari awal perkahwinan membawa ke jannah.

Ramai artis dan ratu cantik yang ayu jelita bercerai tidak berapa ketika selepas bernikah. Padahal umur masih muda dan wajah masih bergetah. Buruknya wajah mereka ialah kerana tidak mendapat redha suami, apabila sentiasa dalam keadaan marah berkerut dan memberontak. Ini kerana tiada manusia yang kelihatan cantik dan indah ketika 'marah'.

***

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).

“Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Hadis Riwayat Ahmad).

"Wanita itu dinikahi karena empat perkara yaitu karena hartanya, karena keturunannya, karena kecantikannya, dan karena agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung." (HR. Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1466)


"Janganlah kalian menikahi wanita karena kecantikannya, boleh jadi kecantikannya itu merusak mereka. Janganlah menikahi mereka karena harta-harta mereka, boleh jadi harta-harta mereka itu membuat mereka sesat. Akan tetapi nikahilah mereka berdasarkan agamanya. Seorang budak wanita berkulit hitam yang telinganya sobek tetapi memiliki agama adalah lebih utama." (HR. Muslim)

“Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin selepas bertaqwa kepada Allah SWT selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah (berazam), ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” ( Hadis riwayat Maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)

”Hak suami terhadap isterinya adalah isteri tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun semasa berada di atas punggung unta, tidak berpuasa walaupun sehari kecuali dengan izinnya, kecuali puasa wajib. Jika dia tetap berbuat demikian, dia berdosa dan tidak diterima puasanya. Dia tidak boleh memberi, maka pahalanya terhadap suaminya dan dosanya untuk dirinya sendiri. Dia tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya. Jika dia berbuat demikian, maka Allah akan melaknatnya dan para malaikat memarahinya sehingga ia kembali dan bertaubat, sekalipun suaminya itu adalah orang yang alim.” - (Hadis riwayat Abu Daud Ath-Thayalisi daripada Abdullah Umar)


Sabda baginda lagi, "seseorang perempuan tidak menunaikan hak Allah SWT sehingga ia telah menunaikan semua hak suaminya. Jikalau dikehendaki oleh suaminya sekalipun di atas timbunan duri tidak mencegahkan dirinya.”

"Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kalian yang menjadi penghuni surga iaitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau redha." - (HR. An-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257. Silsilah Al-Ahadits Ash Shahihah, Asy-Syaikh Al Albani rahimahullah, no. 287)

"Lihatlah di mana keberadaanmu dalam pergaulanmu dengan suamimu, karena SUAMIMU ADALAH SURGA DAN NERAKAMU." - (HR. Ahmad 4/341 dan selainnya, lihat Ash-Shahihah no. 2612)

"… Dan aku melihat NERAKA maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum WANITA. Mereka kufur (durhaka) terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikan suaminya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada mereka selama waktu yang panjang, kemudian dia melihat sesuatu kekurangan pada dirimu, niscaya dia akan berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu." - (HR. Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.)

>>> SODAQO RASULULLAH S.A.W.<<<

***
Syurga isteri adalah di bawah tapak kaki suami, syurga anak pula di bawah tapak kaki ibunya. Tapak kaki itu merujuk kepada 'langkah' suami dan ibu yang beriman. Langkah itu yang perlu diikuti untuk menggiring isteri dan anak ke syurga. Biar apapun alasannya HARAM seorang isteri berkata 'AH' dan bermasam muka dengan suaminya. Demikian juga seorang anak terhadap ibubapanya.


WARGA PRIHATIN
 

Wednesday, June 18, 2014

Panduan : Suami Cerewet Atau Isteri Cerewet

Mengendalikan sikap cerewet suami atau isteri

Memikirkan suami atau isteri yang cerewet sering dianggap sesuatu yang membosankan. Apa tidaknya, semua perkara perlu dilakukan harus tampak sempurna di depan mata pasangan.

Mempunyai isteri cerewet bukanlah satu perkara luar biasa kerana sememangnya wanita sinonim dengan sikap mudah meluahkan perasaan.

Namun, suami cerewet pula bukan ditakdirkan untuk semua isteri dan hanya sebahagian kecil yang merasainya kerana jarang lelaki banyak bercakap berbanding gemar memendam rasa.

Jangan bersedih atau memandangnya sebagai perkara negatif. Sebaliknya, anggap ia sebagai perkara positif yang boleh menjadikan rumah tangga dan hubungan bersama pasangan bertambah mesra.

Kita sepatutnya bersyukur memiliki pasangan cerewet kerana berpeluang mengetahui segala isi hatinya yang "tidak puas hati" dengan tindakan anda.

Berbanding pasangan pendiam atau sambil lewa, kita tidak mungkin tahu isi hatinya atau kesilapan dilakukan walaupun menjadi sebahagian daripada hidupnya bertahun-tahun lamanya.

Justeru, sebagai pasangan kita harus bijak mengendalikan sikap cerewet suami atau isteri tanpa ada rasa tertekan.

Misalnya, jika suami cerewet mengenai pakaian yang perlu digosok licin, isteri perlu tahu kehendaknya dan pastikan hasil kerja sama seperti cita rasa diinginkan.

Sama juga dengan makanan kegemaran suami. Isteri perlu faham jika suami tidak makan pedas dengan mendalami lebih banyak ilmu sebagai usaha untuk memenangi hatinya.

Suami juga perlu faham jika memiliki isteri cerewet terutama mengenai susun atur rumah atau jadual perjalanan bagi mengelakkan anda pula lemas mendengar celoteh isteri.

Beberapa perkara perlu difahami jika memiliki pasangan cerewet agar rumah tangga dibina lebih sempurna dengan setiap kritikan membina mereka.

Ada yang kurang, ada yang lebih


Setiap pasangan perlu bersyukur jika mereka memiliki suami atau isteri cerewet. Anggap ia sebagai hiburan yang tidak pernah dijangka.

Anda perlu sedar jika sikap cerewet berkenaan tiba-tiba hilang pasti kita akan merinduinya dan boleh memahami ada sesuatu yang tidak kena dengan pasangan.

Suami harus tahu isteri memang sinonim dengan sikap seorang ibu yang `suka bising' sebagai tanda sayang mereka kepada anda dan juga anak-anak.

Apabila tiada lagi kasih, anda tidak akan dipedulikan, hilang sikap cerewet sekali gus membuatkan kita rasa disisihkan.

Apabila gagal memahami'

 
Masalah timbul dalam kalangan pasangan cerewet apabila suami atau isteri gagal memahami dirinya. Kebanyakan pasangan mengambil jalan mudah dengan merasakan diri mereka difahami kerana sudah melalui hidup bersama dalam tempoh lama.

Walaupun kita berkawan dengan pasangan sebelum berkahwin atau sudah melalui tempoh lama dalam perkahwinan, kita masih belum dapat mengenali mereka sepenuhnya.

Sikap manusia yang mudah berubah sama ada kecil atau besar bukan sesuatu yang mudah disedari. Jika ingin mengenal pasti sikap pasangan, amalkan suka bertanya, berbincang dan berterus terang.

Ia termasuklah berkaitan perjalanan hidup rumah tangga seperti jadual kerja anda. Ia memudahkan pasangan untuk memahami sama ada sesuatu tugas di rumah itu dapat dilakukan sendirian atau bersama-sama.

Sabar dan doa


Sentiasa mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menangani sikap cerewet pasangan di samping berusaha memenuhi kehendak hati mereka.

Jika kurang sabar, pasti pergaduhan akan berlaku hingga menjejaskan hubungan yang baik dalam rumah tangga.

Selain bersabar, kita juga perlu banyak berdoa supaya Allah melembutkan hati pasangan agar dia bertolak ansur pada suami atau isteri.

Bagi mereka yang mempunyai sikap cerewet, cuba berubah. Jangan hanya harapkan pasangan memahami anda sebaliknya berubahlah demi keselesaan pasangan anda.

Fahami bahasa cinta suami

Memang sikap lelaki ada yang tidak suka menunjukkan cara sebenar secara terang-terangan apabila mereka menyayangi pasangan.

Walaupun suami tidak mengungkapkan kata `Saya cinta Awak' atau `Kaulah Kekasihku', cinta mereka tetap ada untuk pasangan.

Justeru, cuba fahami bahasa cinta suami untuk mengeratkan hubungan agar ia terus berkekalan hingga ke akhir hayat.

* Pandangan mata


Mata tidak hanya untuk memandang tetapi berfungsi sebagai penyampai maksud dan pesanan yang jujur.

Lihat pada mata pasangan. Jika dia pandang terus pada anda dan tidak terganggu dengan keadaan sekeliling bermakna kita amat bererti baginya.

* Ingat makanan kegemaran pasangan

 
Mengingati makanan kegemaran pasangan salah satu tanda cinta yang selama ini dipendamnya.

Misalnya jika kita gemar kek pisang, suami akan membeli makanan kegemaran itu jika dia terlihat ada orang menjualnya.

Ia antara cara suami menunjukkan perhatiannya pada anda.

* Berbicara mengenai masa depan


Suami lebih senang duduk berbincang dengan isteri mengenai masa depan keluarga sama ada soal rumah, kewangan, hal anak-anak atau seumpamanya.

Tingkah laku berkenaan menunjukkan suami ingin bersama anda untuk selama-lamanya.

* Menghargai hadiah diberikan


Dulu hingga sekarang, suami tetap setia menggunakan dompet yang dihadiahkan isteri tanpa mahu menukarnya kepada yang baru walaupun keadaannya tampak buruk.

Ia menunjukkan tanda terima kasih dan sayang suami kepada isteri dengan menjaga hadiah diberikan sepenuh hati.

* Selalu di sisi

 
Ketika keluar bersiar-siar, suami lebih senang berada dekat dengan isteri bagaikan di awal percintaan dulu.

Dia lebih senang melihat isteri dalam keadaan selamat dan sedia memberi bantuan ketika anda memerlukannya.

* Lakukan bersama-sama


Mungkin ada suami yang tidak mahu menyertai aktiviti bersama rakan di luar jika isteri tidak mahu menyertai.

Seboleh-bolehnya, suami merayu untuk keluar bersama bertemu rakan bagi memastikan setiap aktiviti dilakukan diketahui isteri.

* Rahsia

Pasangan tidak pernah berahsia mengenai semua perkara sepanjang bergelar suami isteri. Apa saja cerita yang berlaku sama ada di pejabat atau rumah akan dikongsi bersama isteri.

Namun, kisah berdua antara suami dan isteri tidak akan diceritakan kepada orang lain bagi menjaga maruah pasangannya.

* Rela menjemput

Suami sanggup meredah kesesakan lalu lintas dan keletihan ketika isteri berada dalam keadaan terdesak seperti pulang sendiri ke rumah dari pejabat.

Malah, mereka tidak akan mengeluh atau melengahlengahkan masa jika isteri meminta bantuan untuk menjemputnya di tempat kerja atau di mana saja.

Sikap suami itu menunjukkan dia benar-benar ambil berat mengenai keselamatan isteri jika tidak berada bersamanya.


www.panduansuamisteri.blogspot.com

Saturday, June 7, 2014

Melayan Suami Anak Mak



Melayan Suami Anak Mak
Ramai wanita yang mengeluh dapat suami anak emak. Apa tidaknya si isteri pasti makan hati menyimpan rasa cemburu atas layanan istimewa suami kepada ibunya. Bagi lelaki begini, ibu adalah wanita nombor satu dalam hidupnya, segala kemahuan ibu dituruti tanpa sebarang syarat. Usah pening kepala, lelaki anak emak boleh dijinakkan jika kena caranya. Ikuti tip yang Mingguan Wanita kongsikan ini:

Terima kenyataan mengenai keakraban suami dan ibunya

 
Anda yang membuat keputusan untuk berkahwin dengan suami jadi jangan menyalahkan orang lain. Terima kenyataan sikap suami yang amat mendambakan ibunya di sisi. Mulanya memang perit tetapi lama-kelamaan anda akan dapat menyesuaikan diri. Ingat! Lebih baik suami mengisi masa dengan ibunya berbanding perempuan lain.

Elakkan cemburu dengan ibu mentua

 
Buat penat sahaja bersaing dengan ibu mertua kerana nanti akhirnya anda juga akan kecewa. Sebagaimana ibu menyayangi anda, begitu juga perasaan ibu mertua kepada suami anda. Jadi bina hubungan yang baik dengan ibu mertua dan belajar mengambil hatinya. Usaha anda akan membuatkan ibu mertua rasa dihargai.

Luahkan isi hati anda dengan bahasa yang lembut

 
Jika sikap suami keterlaluan, tegur dengan cara yang lembut. Jangan sesekali memburukkan ibu mertua kerana ia akan mengundang kemarahan suami. Sebaliknya nyatakan perasaan bahawa anda rasa sedih dan terpinggir, agar suami memahaminya. Elak daripada memedam rasa.

Luang masa bersama ibu mertua

 
Anda mesti bijak mengambil peluang, luangkan masa lapang bersama ibu mertua. Temani dia melakukan aktiviti yang digemari seperti memasak, membeli belah atau berkebun. Cara ini akan membuatkan hubungan kalian bertambah mesra dan suami tidak perlu sentiasa berada di sisi ibunya.

Berikan kejutan kepada ibu mertua

 
Tidak salah sekali sekala memberi kejutan kepada ibu mertua terutama menjelang hari lahirnya atau ulang tahun perkahwinan. Sikap ini akan membuatkan suami dan ibu mertua terharu dan anda pasti mendapat tempat istimewa di hati mereka. Jika anda bijak mengambil hati ibu mertua, sudah pasti suami juga dalam genggaman anda.


www.pakarsuamisteri.blogspot.com

Oleh: Nadia Mingguan Wanita

Saturday, May 10, 2014

BAGAIMANA MEMUJUK ISTERI MERAJUK 24 JAM


Perempuan adalah makhluk tuhan yang suka merajuk dan sebagai lelaki kita perlu peka dengan perubahan tingkah lakunya yang mudah berubah. Jadi bagaimana caranya bagi memujuk isteri mahupun kekasih yang suka merajuk. Di sini kita utarakan tip-tips dan panduan bagaimana memujuk kekasih mahupun isteri anda yang suka merajuk 24 jam.

BAGAIMANA MEMUJUK ISTERI MERAJUK 24 JAM

# 1 Beralah/Mengalah
 
Sebagai lelaki anda perlu beralah dengan karenah pasangan atau isteri anda yang mudah merajuk. Beralah ataupun mengalah bukan bererti kalah, anda mengalah bagi meredakan suasana.

# 2 Maaf
 
Sekiranya anda melakukan kesalahan anda perlulah meminta maaf. Jangan disebabkan ego anda yang tinggi menyebabkan isteri mahupun kekasih anda merajuk sehingga mengeruhkan hubungan anda.

# 3 Hadiah
 
Berikan hadiah sebagai tanda pujukan. Wanita amat suka pada hadiah seperti teddy bear dan bunga. Sila sertakan kad mahupun surat menyatakan maaf anda.

# 4 Pujian
 
Ringankan mulut anda untuk memuji isteri anda. Wanita sebenarnya amat suka pada pujian walaupun mereka menafikannya. Pujian kepada sidia akan menyebabkan isteri anda yang merajuk itu lembut hati dan memaafkan anda.

# 5 Komunikasi
 
Cuba ubah cara anda berkomunikasi dengan isteri anda. Mungkin cara anda bercakap dengannya menyebabkan isteri mudah merajuk dan tersinggung.

# 6 Gunakan Anak
 
Bagi memujuk isteri anda yang merajuk anda boleh menggunakan anak anda sebagai pengantara. Gunakan anak anda sebagai pengirim dan suruhla anak anda mengatakan sesuatu ataupun mengirim surat maaf melaluinya dan pohon anak anda kembali kepada anda dengan balasan dari si isteri. Pastikan tiada kiriman ayat-ayat pujukan yang negatif atau berunsur marah. Sekiranya anda menggunakan anak anda dengan baik dan ayat-ayat positif, keadaan mungkin berubah menjadi lucu dan anda berjaya memujuk isteri anda itu.

# 7 Makanan
Bawa pasangan anda makan di luar dan makan makanan yang sedap-sedap. Lebih bagus lagi bawa sidia ke restoran kegemarannya ataupun tempat makanan yang menarik di ibu kota.

# 8 Luang Masa
 
Bawa isteri anda yang merajuk itu bersiar-siar samaada melancong, berjalan di taman ataupun menonton wayang di pawagam.

# 9 Fahami dan Perhatian
 
Isteri yang mudah merajuk sebenarnya mahukan perhatian daripada anda. Berikan sepenuh perhatian kepadanya dan cuba selami perasaan isteri anda.

# 10 Beri Masa Bertenang
 
Sekiranya isteri anda merajuk dan cara-cara diatas tidak berkesan bagi memujuk isteri anda yang mudah merajuk maka pendekatan yang baik adalah beri masa kepada isteri anda untuk bertenang. Lama-kelamaan isteri anda pasti akan reda kemarahannya.

www.panduansuamisteri.blogspot.com

Wednesday, January 15, 2014

Tip Dan Panduan Membina Keluarga Bahagia


Tips serta panduan bagaimana membina keluarga bahagia berdasarkan kepada keluarga bahagia Rasulullah SAW.


Membina keluarga Bahagia


Asas pertama membina keluarga bahagia ialah keimanan serta ketakwaan kepada Allah kerana perkara itu dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud:

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertakwa.” (Surah Ali-Imran, ayat 133)

Hanya mereka yang memiliki keimanan dan ketakwaan kepada Allah mampu melayari kehidupan berumah tangga yang bahagia. Malah, perkara itu turut dijelaskan Rasulullah SAW mengenai cara memilih pasangan.

Apabila kita berkahwin, pastinya kita ingin bahagia. Hakikatnya, bahagia itu subjektif kerana ada melihat bahagia dari segi material yang dimiliki tetapi ada juga yang kaya namun hidup tidak bahagia.

Oleh itu, Rasulullah sudah memberi panduan jika ingin memilih pasangan, pilih yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Jika kita pilih pasangan yang memiliki ciri-ciri ini, akan bahagia dunia dan akhirat.


Mawaddah Warahmah Atau kasih sayang


Asas kedua ialah mawaddah warahmah atau kasih sayang yang juga ditunjukkan Rasulullah SAW melalui dua pendekatan iaitu dengan kata-kata dan perbuatan yang melambangkan kasih sayang antara suami isteri.

selain memanggil pasangan dengan panggilan elok penuh penghormatan, kasih sayang juga perlu ditunjukkan menerusi kebiasaan memberi hadiah, sentuhan, khidmat serta meluangkan masa bersama.


Kehidupan Yang Seimbang


Untuk hidup yang seimbang pula, Muslim perlu ada empat unsur yang sentiasa dipelihara dengan bersungguh-sungguh.

Empat unsur itu ialah fizikal yang merujuk kepada perlunya menjaga makan minum. Emosi membabitkan kasih sayang diikuti rohani iaitu ibadat kita kepada Allah. Akhirnya, akal yang makanannya adalah ilmu. Semua unsur ini dapat membantu mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Pergaulan Yang Baik


Asas lain ialah pergaulan yang baik, amanah dan tanggungjawab, rezeki halal, berdoa kepada Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa. Kesemua asas itu jika dipelihara oleh suami dan isteri akan melahirkan kehidupan bahagia serta membina anak salih.

Pergaulan yang baik antara suami, isteri dan anak penting kerana suasana yang baik itu secara tidak langsung akan mendorong setiap ahli keluarga menghargai serta menghormati, akhirnya mengukuhkan hubungan kasih sayang.

Maksud pergaulan baik ialah berbicara dengan penuh lemah lembut terhadap pasangan masing-masing dan anak-anak. Meniru cara Khadijah bergaul dengan Rasulullah SAW.

Ketika Khadijah ingin menghidangkan makanan kepada Rasulullah, Jibril sudah memberitahu Baginda akan kedatangan Khadijah yang membawa makanan. Jibril meminta Baginda menyampaikan salam Jibril dan salam daripada Allah yang sudah membina istana untuk Khadijah di syurga.


Apabila ditanya kenapa Khadijah mendapat penghormatan itu, Allah berkenan dengan dua perkara yang dilakukan Khadijah kepada Rasulullah SAW iaitu:

Tutur katanya yang lembut dan layanan baik diberikan kepada Baginda.

Justeru, bagi isteri atau suami yang menginginkan ganjaran syurga, maka berkatalah dengan lemah lembut dan berikan layanan baik kepada pasangan. Inilah yang sepatutnya dilakukan untuk membina keluarga bahagia.


Sumber Rezeki Yang Halal


Ramai yang tidak memberi perhatian kepada sumber rezeki kerana beranggapan ia bukan sebahagian daripada faktor yang membantu keluarga mencapai kebahagiaan sedangkan aspek itu memainkan peranan penting.

Rasulullah SAW sudah menjelaskan bahawa makan yang dimakan akan menjadi darah daging. Makanan yang haram tempatnya di neraka sementara makanan daripada sumber halal serta suci membolehkan doa dimakbulkan.

Begitu juga berbuat baik kepada ibu bapa kerana selain menjaga hati kedua-duanya, anak juga bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada ibu bapa termasuk menyelesaikan hutang serta tuntutan haji mereka.


Oleh: Wan Akashah Wan Abdul Hamid dan Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood. Program Bicara Keluarga Bahagia anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Badan Khairat The News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).
Wallahu’alam….


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...





Powered By IMuslimNetwork
Support Us!