Monday, June 30, 2014

10 Kesilapan Besar Suami Terhadap Isteri




10 Kesilapan Besar Suami Terhadap Isteri

Keharmonian sebuah rumahtangga sangat dipengaruhi oleh baiknya kepemimpinan seorang suami (sebagai ketua keluarga) dalam membina keluarganya. Lebih-lebih lagi adalah SIKAP & PERILAKUnya dalam bergaul dengan isterinya.

Suami isteri sebagai panduan UTAMA dalam sesebuah rumahtangga, apabila rosaknya perhubungan suami isteri dalam keluarga rumahtangga pun akan runtuh. Oleh itu hubungan ini seharusnya sangat perlu untuk dijaga dengan memperhatikan HAK & KEWAJIBAN masing-masing. Setiap suami isteri harus saling menunaikan kewajipannya dan setelah itu barulah boleh menuntut apa yang menjadi haknya.

Jika kita melihat fenomena dalam masyarakat, dua sikap UTAMA suami yang selalu diamalkan dalam melayani isteri mereka. Sikap inilah yang perlu di ambil perhatian, hal ini kerana ia dapat menimbulkan masalah yang boleh membawa kepada sebuah perceraian.

Pertama: suami yang meremehkan isterinya, yang mensia – siakan hak-haknya & melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dengan hak isterinya.

Kedua: suami melepaskan tanggungjawab terhadap isteri & membebaskannya begitu saja (dalam kata lain, suami ber ‘LEPAS TANGAN’).

Allah berfirman dalam Al-Quran, Surah An Nisa : 34 :
“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki atas sebahagian yang lain (wanita) & mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, maka wanita yang solehah, ialah yang taat Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita- wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka & pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka & pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari–cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”

Berikut ini adalah 10 (sepuluh) KESALAHAN-KESALAHAN suami yang LAZIM dilakukan, kesemuanya berdasarkan kepada dua sikap UTAMA si suami sepeti di atas:

1. Tidak Mengajarkan AGAMA dan HUKUM Syariat Islam Kepada Isteri

Banyak kita temui bahawa para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkah laku/berperilaku terhadap suami secara Islamik & tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi fokus perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak & menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.

Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Hai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya malaikat – malaikat yang kasar, keras & tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang di perintahkan-Nya kepada mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintakan” {Al-Quran, Surah At-Tahrim:6}

Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengABAIkan hal ini, kerana semuanya akan diminta dipertanggungjawabkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui guru agama lain yang diupah. Antara lain yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dsb.. (yang paling penting.. ajaklah solat berjemaah di rumah atau di masjid)

2. Suka Mencari Kekurangan & Kesalahan Isteri

Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhawatirkan akan mendapati berbagai kekurangan isteri & cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar & menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajibannya. Kerana suami juga mempunyai kekurangan & celaan, seperti sabda Rasulullah:

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {H.R. Muslim}

3. Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai dengan Kesalahan Isteri

Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:
(a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman {lihat Al-Quran, Surah An-Nisa : 34}
(b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie {lihat Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1}
(c) Memukul wajah, mencela dan menghina.

Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata: “Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya? Nabi s.a.w menjawab:

“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkannya …..” {H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani}

4. Tidak Jujur Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri


“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajiban ayah ialah memberi makan dan pakaian kepada isterinya itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang ayah itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajiban yang tersebut (jika si ayah telah tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri berkeinginan menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu berikan itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apapun yang kamu lakukan.” {Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233}

Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya tidak jujur dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’i, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}

5. Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri


Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}

Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut & menjauhi sikap kasar.

6. Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga

Ini adalah kesalahan yang paling banyak MENJANGKITI para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni Rasulullah s.a.w tidak segan untuk membantu pekerjaan isterinya.

Ketika Aisyah r.a ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab:

“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” {H.R. Bukhari}

7. Menyebarkan Rahsia dan Aib Isterinya


“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” {H.R. Muslim}

Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutama perilaku keduanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan maupun perbuatan lainnya.

8. Sikap Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri

Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau & isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh kerana itu Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan membawa kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dsb. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” {H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani}

Memang perselisihan antara suami isteri sering terjadi kadang sampai mengarah kepada penceraian. Akan tetapi penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan ini. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, kerana kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yang akan timbul dikemudian hari kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tentaranya. Maka tentara yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentara yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentara syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentara terbaik.” {H.R. Muslim}

9. Berpoligami Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syari’at

Menikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin mengamalkan syariat ini telah lupa untuk memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajiban serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama & anak-anaknya.

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinlah) seorang saja.” {Al-Quran, Surah An-Nisa : 3}

Sikap ini merupakan KEADILAN yang diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik & tidak memenuhi syarat-syaratnya maka tidak boleh memikul tanggungjawabnya, bila dilakukan maka menjurus kepada kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak & menambah permasalahan keluarga & juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya & perhatikanlah dengan bijaksana sebelum meletakkan diri dalam keadaan tersebut.

10. Lemahnya Perasaan Cemburu

Kebanyakan para suami memBIARkan keayuan, keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh orang ramai. Dia memBIARkan isterinya menampakkan aurat ketika keluar rumah, membiarkan isterinya berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan sebahagian ada yang BANGGA kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ oleh kebanyakan orang. Padahal wanita di mata Islam adalah makhluk yang SANGAT mulia, sehingga keindahan & keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya saja dan tidak sesekali di’jaja’ sebebasnya.

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.

“Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” {lihat dalam ash-Shahihah : 226}

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:
 
“Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami/ipar )?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu (ipar) adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih}
Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):

“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang durhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674}

Dan ad-Dayyuts(dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.

Demikian beberapa kesalahan-kesalahan Suami yang kebanyakannya dilakukan kepada Isteri yang sepatutnya kita hindari semoga keluarga kita menjadi keluarga yang sakinah, mawadah, warohmah.

Aamiiin.

Semoga bermanfaat buat kita semua.. insyaAllah

www.panduansuamisteri.blogspot.com

Wednesday, June 18, 2014

Panduan : Suami Cerewet Atau Isteri Cerewet

Mengendalikan sikap cerewet suami atau isteri

Memikirkan suami atau isteri yang cerewet sering dianggap sesuatu yang membosankan. Apa tidaknya, semua perkara perlu dilakukan harus tampak sempurna di depan mata pasangan.

Mempunyai isteri cerewet bukanlah satu perkara luar biasa kerana sememangnya wanita sinonim dengan sikap mudah meluahkan perasaan.

Namun, suami cerewet pula bukan ditakdirkan untuk semua isteri dan hanya sebahagian kecil yang merasainya kerana jarang lelaki banyak bercakap berbanding gemar memendam rasa.

Jangan bersedih atau memandangnya sebagai perkara negatif. Sebaliknya, anggap ia sebagai perkara positif yang boleh menjadikan rumah tangga dan hubungan bersama pasangan bertambah mesra.

Kita sepatutnya bersyukur memiliki pasangan cerewet kerana berpeluang mengetahui segala isi hatinya yang "tidak puas hati" dengan tindakan anda.

Berbanding pasangan pendiam atau sambil lewa, kita tidak mungkin tahu isi hatinya atau kesilapan dilakukan walaupun menjadi sebahagian daripada hidupnya bertahun-tahun lamanya.

Justeru, sebagai pasangan kita harus bijak mengendalikan sikap cerewet suami atau isteri tanpa ada rasa tertekan.

Misalnya, jika suami cerewet mengenai pakaian yang perlu digosok licin, isteri perlu tahu kehendaknya dan pastikan hasil kerja sama seperti cita rasa diinginkan.

Sama juga dengan makanan kegemaran suami. Isteri perlu faham jika suami tidak makan pedas dengan mendalami lebih banyak ilmu sebagai usaha untuk memenangi hatinya.

Suami juga perlu faham jika memiliki isteri cerewet terutama mengenai susun atur rumah atau jadual perjalanan bagi mengelakkan anda pula lemas mendengar celoteh isteri.

Beberapa perkara perlu difahami jika memiliki pasangan cerewet agar rumah tangga dibina lebih sempurna dengan setiap kritikan membina mereka.

Ada yang kurang, ada yang lebih


Setiap pasangan perlu bersyukur jika mereka memiliki suami atau isteri cerewet. Anggap ia sebagai hiburan yang tidak pernah dijangka.

Anda perlu sedar jika sikap cerewet berkenaan tiba-tiba hilang pasti kita akan merinduinya dan boleh memahami ada sesuatu yang tidak kena dengan pasangan.

Suami harus tahu isteri memang sinonim dengan sikap seorang ibu yang `suka bising' sebagai tanda sayang mereka kepada anda dan juga anak-anak.

Apabila tiada lagi kasih, anda tidak akan dipedulikan, hilang sikap cerewet sekali gus membuatkan kita rasa disisihkan.

Apabila gagal memahami'

 
Masalah timbul dalam kalangan pasangan cerewet apabila suami atau isteri gagal memahami dirinya. Kebanyakan pasangan mengambil jalan mudah dengan merasakan diri mereka difahami kerana sudah melalui hidup bersama dalam tempoh lama.

Walaupun kita berkawan dengan pasangan sebelum berkahwin atau sudah melalui tempoh lama dalam perkahwinan, kita masih belum dapat mengenali mereka sepenuhnya.

Sikap manusia yang mudah berubah sama ada kecil atau besar bukan sesuatu yang mudah disedari. Jika ingin mengenal pasti sikap pasangan, amalkan suka bertanya, berbincang dan berterus terang.

Ia termasuklah berkaitan perjalanan hidup rumah tangga seperti jadual kerja anda. Ia memudahkan pasangan untuk memahami sama ada sesuatu tugas di rumah itu dapat dilakukan sendirian atau bersama-sama.

Sabar dan doa


Sentiasa mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menangani sikap cerewet pasangan di samping berusaha memenuhi kehendak hati mereka.

Jika kurang sabar, pasti pergaduhan akan berlaku hingga menjejaskan hubungan yang baik dalam rumah tangga.

Selain bersabar, kita juga perlu banyak berdoa supaya Allah melembutkan hati pasangan agar dia bertolak ansur pada suami atau isteri.

Bagi mereka yang mempunyai sikap cerewet, cuba berubah. Jangan hanya harapkan pasangan memahami anda sebaliknya berubahlah demi keselesaan pasangan anda.

Fahami bahasa cinta suami

Memang sikap lelaki ada yang tidak suka menunjukkan cara sebenar secara terang-terangan apabila mereka menyayangi pasangan.

Walaupun suami tidak mengungkapkan kata `Saya cinta Awak' atau `Kaulah Kekasihku', cinta mereka tetap ada untuk pasangan.

Justeru, cuba fahami bahasa cinta suami untuk mengeratkan hubungan agar ia terus berkekalan hingga ke akhir hayat.

* Pandangan mata


Mata tidak hanya untuk memandang tetapi berfungsi sebagai penyampai maksud dan pesanan yang jujur.

Lihat pada mata pasangan. Jika dia pandang terus pada anda dan tidak terganggu dengan keadaan sekeliling bermakna kita amat bererti baginya.

* Ingat makanan kegemaran pasangan

 
Mengingati makanan kegemaran pasangan salah satu tanda cinta yang selama ini dipendamnya.

Misalnya jika kita gemar kek pisang, suami akan membeli makanan kegemaran itu jika dia terlihat ada orang menjualnya.

Ia antara cara suami menunjukkan perhatiannya pada anda.

* Berbicara mengenai masa depan


Suami lebih senang duduk berbincang dengan isteri mengenai masa depan keluarga sama ada soal rumah, kewangan, hal anak-anak atau seumpamanya.

Tingkah laku berkenaan menunjukkan suami ingin bersama anda untuk selama-lamanya.

* Menghargai hadiah diberikan


Dulu hingga sekarang, suami tetap setia menggunakan dompet yang dihadiahkan isteri tanpa mahu menukarnya kepada yang baru walaupun keadaannya tampak buruk.

Ia menunjukkan tanda terima kasih dan sayang suami kepada isteri dengan menjaga hadiah diberikan sepenuh hati.

* Selalu di sisi

 
Ketika keluar bersiar-siar, suami lebih senang berada dekat dengan isteri bagaikan di awal percintaan dulu.

Dia lebih senang melihat isteri dalam keadaan selamat dan sedia memberi bantuan ketika anda memerlukannya.

* Lakukan bersama-sama


Mungkin ada suami yang tidak mahu menyertai aktiviti bersama rakan di luar jika isteri tidak mahu menyertai.

Seboleh-bolehnya, suami merayu untuk keluar bersama bertemu rakan bagi memastikan setiap aktiviti dilakukan diketahui isteri.

* Rahsia

Pasangan tidak pernah berahsia mengenai semua perkara sepanjang bergelar suami isteri. Apa saja cerita yang berlaku sama ada di pejabat atau rumah akan dikongsi bersama isteri.

Namun, kisah berdua antara suami dan isteri tidak akan diceritakan kepada orang lain bagi menjaga maruah pasangannya.

* Rela menjemput

Suami sanggup meredah kesesakan lalu lintas dan keletihan ketika isteri berada dalam keadaan terdesak seperti pulang sendiri ke rumah dari pejabat.

Malah, mereka tidak akan mengeluh atau melengahlengahkan masa jika isteri meminta bantuan untuk menjemputnya di tempat kerja atau di mana saja.

Sikap suami itu menunjukkan dia benar-benar ambil berat mengenai keselamatan isteri jika tidak berada bersamanya.


www.panduansuamisteri.blogspot.com

Saturday, June 7, 2014

Melayan Suami Anak Mak



Melayan Suami Anak Mak
Ramai wanita yang mengeluh dapat suami anak emak. Apa tidaknya si isteri pasti makan hati menyimpan rasa cemburu atas layanan istimewa suami kepada ibunya. Bagi lelaki begini, ibu adalah wanita nombor satu dalam hidupnya, segala kemahuan ibu dituruti tanpa sebarang syarat. Usah pening kepala, lelaki anak emak boleh dijinakkan jika kena caranya. Ikuti tip yang Mingguan Wanita kongsikan ini:

Terima kenyataan mengenai keakraban suami dan ibunya

 
Anda yang membuat keputusan untuk berkahwin dengan suami jadi jangan menyalahkan orang lain. Terima kenyataan sikap suami yang amat mendambakan ibunya di sisi. Mulanya memang perit tetapi lama-kelamaan anda akan dapat menyesuaikan diri. Ingat! Lebih baik suami mengisi masa dengan ibunya berbanding perempuan lain.

Elakkan cemburu dengan ibu mentua

 
Buat penat sahaja bersaing dengan ibu mertua kerana nanti akhirnya anda juga akan kecewa. Sebagaimana ibu menyayangi anda, begitu juga perasaan ibu mertua kepada suami anda. Jadi bina hubungan yang baik dengan ibu mertua dan belajar mengambil hatinya. Usaha anda akan membuatkan ibu mertua rasa dihargai.

Luahkan isi hati anda dengan bahasa yang lembut

 
Jika sikap suami keterlaluan, tegur dengan cara yang lembut. Jangan sesekali memburukkan ibu mertua kerana ia akan mengundang kemarahan suami. Sebaliknya nyatakan perasaan bahawa anda rasa sedih dan terpinggir, agar suami memahaminya. Elak daripada memedam rasa.

Luang masa bersama ibu mertua

 
Anda mesti bijak mengambil peluang, luangkan masa lapang bersama ibu mertua. Temani dia melakukan aktiviti yang digemari seperti memasak, membeli belah atau berkebun. Cara ini akan membuatkan hubungan kalian bertambah mesra dan suami tidak perlu sentiasa berada di sisi ibunya.

Berikan kejutan kepada ibu mertua

 
Tidak salah sekali sekala memberi kejutan kepada ibu mertua terutama menjelang hari lahirnya atau ulang tahun perkahwinan. Sikap ini akan membuatkan suami dan ibu mertua terharu dan anda pasti mendapat tempat istimewa di hati mereka. Jika anda bijak mengambil hati ibu mertua, sudah pasti suami juga dalam genggaman anda.


www.pakarsuamisteri.blogspot.com

Oleh: Nadia Mingguan Wanita

Sunday, June 1, 2014

25 Perkara Yang Suami Tidak Suka


1. Memperkecil suami di hadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar. Contoh: “hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla ”

2. Mengganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu di masa yang salah. Contoh: “hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih saya masak sardine jer ..ok tak?”

3. Terlalu suka mengemas rumah atau mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau. Contoh: “saya dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu..”

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca.Contoh: “bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan..”

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa- apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca. Contoh: “eh.. saya suka la news pasal new peti ais tu..saya dah potong simpan…”

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar atau supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. Contoh: “bang.. semalam saya lupa beli garam, gula beras dan susu budak….boleh singgah tak mana-mana ..please ”

7. Tidak memberi arahan yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian menyalahkan suami. Contoh: “saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir …kan lain tu”

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu. Contoh: “i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana-mana kan ??

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. Contoh: “screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros…”

10. Bercakap atau bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber…Contoh: ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang ke rumah tanpa izin suami. Contoh: “malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan”.

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuir dan muka tak bermekap serupa mayat di rumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. Contoh: “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kahwin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..”

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar ke mana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. Contoh: "sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul-betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. Contoh: "eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak-anak bila suami sedang hot dengan budak-budak tu..Contoh: “..eh biarlah budak-budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. Contoh: “…nak mandi buat apa awal-awal bukan nak pergi jalan-jalan mana pun..”

17. Suka melengah-lengahkan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak-budak atau buat benda-benda lain.Contoh: “..awak solatlah dulu, saya nak habiskan memasak nih..”

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. Contoh: “pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih..”

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. Contoh: "u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi...tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”

20. Membebel dan berleter tak henti-henti tentang hal-hal yang amat kecil dan diulang tayang semula tiap-tiap hari. Contoh: "i dah kata jangan kasi budak-budak tu handphone, kan sekarang dah …bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you”

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. Contoh: "eh cik abang, awak nih ada affair ke? apsal sms beep beep beep tak henti-henti nih…betina mana pulak awak nak nih…”

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami atau keturunan suami dan asal usul suami. Contoh: “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan negeri die.. eeeii peliknyer!!”

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. Contoh: “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore ..”

24. Meminjamkan harta benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. Contoh: “..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak..”

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. Contoh: “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap-siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali…..”



1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...





Powered By IMuslimNetwork
Support Us!