Friday, November 21, 2014

Bila Kahwin Mat Salleh Dipuji, Kenapa Kahwin Awang Hitam Dikeji?

Gambar hiasan: AZLINA kini bahagia bersama suaminya Haziq dan anak mereka
Kuala Lumpur: Kenapa orang kita mudah bangga kalau melihat jodoh tempatan dengan orang putih, tetapi memandang serong kepada yang bersuamikan warga Afrika?

Paling sedih masyarakat kita sentiasa dimomokkan cerita negatif mengaitkan warga asing ini dengan dadah, penipuan dan aktiviti menjual jam, sedangkan tidak semuanya begitu, luah Presiden Pertubuhan Antarabangsa Malaysia-Afrika (MAYA) Siti Norhazwani Hamzah.

Menurutnya, persepsi rakyat negara ini terhadap warga Afrika seolah-olah sukar diperbaiki hingga tempiasnya meragut kebebasan anak yang lahir hasil perkahwinan campur dengan bangsa berkenaan.

Sedar atau tidak, negara kita sebenarnya tidak pernah menghalang perkahwinan campur. Ramai orang Malaysia bertemu jodoh dengan orang putih dan menetap di negara asing.

Malah di sini, ada yang memilih warga Thailand, Melayu tempatan bertemu Indonesia, India tempatan bertemu warga India, Cina di sini berkahwin dengan Cina Singapura dan itu tidak pernah menjadi masalah.

Justeru, kami (golongan bersuamikan lelaki Afrika) jadi hairan. Kenapa perkahwinan kami dinilai secara negatif oleh kebanyakan pihak, katanya yang turut bersuamikan lelaki Afrika.

Atas dasar ingin mengubah persepsi itu, Siti Norhazwani nekad mengumpulkan pasangan Malaysia-Afrika menerusi laman Facebook AfroAsian dan mewujudkan persatuan.

Setakat ini kita mempunyai seramai 531 ahli, terdiri daripada lebih 100 pasangan Malaysia-Afrika yang sudah berkahwin serta masih bujang, katanya. - Harian Metro


Saturday, November 15, 2014

MERANCANG KEHIDUPAN RUMAH TANGGA




MERANCANG KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

Suami hendaklah merancang kehidupan rumahtangga dan melaksanakan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

1. Mencari tempat tinggal yang selesa.

2. Menentukan sumber rezeki yang halal bagi menang­gung nafkah isteri dan anak-anak dan masa depan keluarga.

3. Berbincang suami isteri tentang perjalanan hidup berumahtangga dan rancangan pembangunan keluarga.

4. Mengenal pasti kerja-kerja dalam rumahtangga dan cara melaksanakan mengikut bidang tugas suami atau isteri atau tugas bersama.

5. Mengatur waktu untuk bekerja dan untuk melaksana­kan tugas-tugas di rumah dan dalam masyarakat dan waktu untuk bermesra.

6. Memikirkan cara-cara perhubungan yang serasi dan harmoni antara suami isteri.

7. Mengenal pasti perkara yang digemari dan tidak di­gemari oleh suami atau isteri berlandaskan hukum Islam.

8. Membuat persediaan untuk menghadapi kehadiran anak-anak dalam keluarga dan merancang masa hadapan mereka.

9. Membina daya kreatif untuk mengekalkan ke­mesraan, keharmonian dan keceriaan rumahtangga.

10. Meningkatkan kualiti keluarga supaya tercapai hasrat “Rumahku Syurgaku.”



www.panduansuamisteri.blogspot.com


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...





Powered By IMuslimNetwork
Support Us!