Monday, February 17, 2014

Hukum Isteri Menanggung Belanja Rumah


Soalan; Assalamualaikum. Sy ada sedikit kekeliruan tentang nafkah. Semasa di awal perkahwinan, sy pernah memberitahu suami bahawa sy akan membantu suami untuk membayar bil2 utiliti untuk mengurangkan beban suami. Kadang2 sy turut mengeluarkn wang untuk membeli belanja seharian. Setelah beberapa tahun berkahwin, sy dapati pendapatan suami telah meningkat dan sy yakin suami boleh menggunakan wang tersebut untuk membayar bil2 tersebut. Masalahnya adalah sekarang suami seolah2 menganggap sy wajib membayar bil2 rumah dan kadangkala turut mengatakan ayat bahawa asyik dia sahaja yang mengeluarkan wang belanja rumah, minyak kereta dan sebagainya. Apabila sy memberitahu itu adalah tanggungjawabnya sebagai suami, dia akan mengungkit bahawa dia telah banyak mengeluarkan duit sendiri. Apakah hak sy sebagai isteri dlm permasalahan ini? Mintak penjelasan ustaz. Terima kasih.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

1. Nafkah bagi kehidupan suami-isteri (iaitu belanja-belanja keperluan hidup untuk mereka) adalah tertanggung sepenuhnya di atas bahu suami. Ia adalah kewajipan suami yang ditetapkan Syariat. Sabda Nabi SAW; “Wajib atas kamu (para suami) menyediakan untuk mereka (yakni isteri-isteri kamu) rezki mereka dan pakaian mereka mengikut kebiasaannya” (Soheh Muslim; 1218. Abu Daud; 1905, dari Jabir bin Abdullah RA). Menurut ulamak; maksud rezki dalam hadis ialah nafkah hidup merangkumi makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Hukumnya adalah wajib atas suami.[1] Berkata Imam an-Nawawi; terkandung dalam hadis ini kewajipan (suami) menafkahi isteri dan menyediakan pakaian untuk mereka. Hukum ini telah diijmakkan oleh ulamak”.[2]

2. Digalakkan isteri membantu suami, namun bukan atas dasar kewajipan , tetapi semata-mata ihsan darinya sahaja. Para suami perlu menyedari hakikat ini. Tidak harus mereka memaksa isteri untuk turut sama menanggung nafkah keluarga. Isteri yang engkar kepada arahan suami dalam perkara tersebut tidak dianggap sebagai nusyuz di sisi Syariat. Dalam hal ini suami tidak harus menggunakan kuasa vetonya, sebaliknya mengesyorkan secara baik kepada isteri. Isteri pula jangan keberatan membantu kewangan suami selagi termampu kerana wang/harta yang dibelanja untuk suami dan keluarga akan diberi dua pahala/ganjaran oleh Allah; pahala sedekah dan pahala qarabah. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW –tatkala baginda ditanya berkenaan isteri yang membelanjai suami dan anak-anaknya-; “Untuknya dua pahala; pahala qarabah (mengeratkan ikatan keluarga) dan pahala sedekah” (Soheh al-Bukhari; 1466. Muslim; 1000).

3. Apabila suami mengizinkan isteri untuk keluar berkerja, pendapatan isteri adalah milik penuhnya. Tidak harus diambil suami melainkan dengan persetujuannya. Kecuali jika suami mengsyaratkan sebahagian pendapatan hendaklah digunakan untuk belanja rumah sebagai tukaran kepada keizinan yang diberinya untuk keluar berkerja, ketika itu isteri terikat dengan syarat tersebut. Nabi SAW bersabda; “Orang Islam terikat dengan syarat (yang dipersetujui) sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram” (as-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 11430, dari ‘Amru bin ‘Auf al-Muzani RA). Tanpa syarat tersebut, kewajipan nafkah sepenuhnya atas suami.[3]

Wallahu a’lam.


[1] Mirqaat al-Mafatih, Syeikh ‘Ali al-Qari (5/1772). Mir’aat al-Mafatih, al-Mubarakfuri (9/25).

[2] Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi (8/184).

[3] Fatawa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (2686).


Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

11 comments:

  1. Kalau taknak bantu suami dari segi kewangan...bantulah suami dari segi menjaga anak2 semasa suami keluar kerja cari nafkah....tak payah hantar nursery...banyak faedahnya terutamanya untuk anak2.... Lagipun ni lagi utama dan hakiki bagi ibu dan isteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Mohd Firdaus...seelok eloknya ada tu biarlah isteri yang jaga barulah boleh transfer kasih sayang ibu kepada anak bukannya kasih sayang pengasuh kepada anak... tak gi tu..

      Delete
    2. Bagus pendirian saudara. Sy sendiri pun mengamalkannya. Kerja n pndptn suami makin baik sebab dia boleh fokus pd kerja bila anak2 n rumahtangga isteri sendiri yg jaga, rumahtangga harmoni n hati jd tenang saja. Bila segalanya baik, mudah utk kita mmberi bakti kpd saudara-maea n masyarakat sekeliling.

      Delete
  2. X yah la ungkit2....tolong jer...kalau xnak bgtau elok2...

    ReplyDelete
  3. Masalah yang terjadi sekarang...kadang2 suami salah guna kuasa. .salah tafsir syariat islam ....hinggakan ada isteri yg terpaksa mendiamkan diri shj....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tegurlah si suami yang salah guna kuasa...nasihat dengan kelembutan seorang isteri insya Allah sikap si suami boleh berubah...

      Delete
    2. Kalau isteri punya ilmu yg jelas n pandai menyampai n mempraktikkannya, suami x akan brmaharajalela dgn prinsip salahnya...

      Delete
  4. Ni sebagai pedoman kita bersama...bukan untuk mencari kekurangan dan kelemahan orang lain...harap ambil iktibar kaum adam dan hawa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ambil ikhtibar...semoga bermanfaat yeaa

      Delete
  5. salam ustaz
    apakah hukumnya seorang isteri meminta cerai dpd suaminya apabila suaminya ingin bpoligami sedangkan suami tdk mampu kerana 90% nafkah keluarga ditanggung oleh isteri
    tkasih ustaz

    ReplyDelete
  6. Terlalu banyak suami mcm ni sekarang. Ambil mudah dgn tanggungjawab. Biat isteri utk membantu dan meringankan beban.. tp dianggap komitmen isteri smpai akhir hayat.. Org lelaki zaman dulu kala, suami berkerja isteri jaga rumah dan anak2. X perlu fikir perbelanjaan, bil2, keperluan..semua sudah tersedia.

    ReplyDelete


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...





Powered By IMuslimNetwork
Support Us!