Wednesday, March 26, 2014

4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari!


Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dahpun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali.

Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa?

Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke?

Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa.

Hakikatnya, semua orang tahu dan faham satu hakikat bahawa lelaki punya nafsu. Walau hanya satu tapi yang satu ini fokusnya lebih kepada nafsu seksual.

Dan sedarkah kita, tanpa kita sedari ramai perempuan cuba mencabar nafsu lelaki?
Bagaimana?

Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kut!
Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita. Pakaian longgar,labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :

1. Tunduk
 
Tunduk pun salah?

Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki.
Mencabar nafsu tak?

Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki

Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.

Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan

Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?

Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.

See?

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman

Alamak, senyum pun salah juga?

Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.

Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.

Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?

Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?

Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.
Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?

Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt.



www.panduansuamisteri.blogspot.com

Wednesday, March 19, 2014

Cara Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Nikah

Solat Sunat Sebelum Nikah

Solat sunat sebelum nikah dilakukan sebelum majlis akad nikah dan bilangan rakaatnya adalah 2 rakaat.

Niat solat sunat sebelum nikah:

“Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala”

Sahaja aku solat sunat sebelum nikah dua rakaat kerana Allah Taala.

Rakaat pertama:
Membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun

Rakaat kedua:
Membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas

Solat Sunat Selepas Nikah

Solat sunat selepas nikah boleh dilakukan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki dan bilangan rakaatnya adalah 2 rakaat dan boleh diikuti dengan sujud syukur.

Niat solat sunat selepas nikah:

“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”

Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

Rakaat pertama:
Membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun

Rakaat kedua:
Membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas

Contoh doa dalam bahasa Melayu

“Ya Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah, Engkau berkatilah pernikahanku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mu lah kami memohon pertolongan.

Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.

Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpang ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya, fitnah dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah, Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibu bapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah”(3 kali),
“Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah” (3 kali)

Disunatkan selepas nikah meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun atau kepala isteri dan berdoa.


www.panduansuamisteri.blogspot.com

Tuesday, March 11, 2014

Majlis Perkahwinan Yang Ikut Ajaran Islam


Sudah menjadi amalan, walimatulurus atau kenduri perkahwinan diadakan sebagai meraikan mempelai menjadi raja sehari. Perkahwinan tanpa majlis walimatulurus akan hilang seri hari istimewa yang menjadi ingatan seumur hidup.

Sebenarnya, majlis walimatulurus bukan setakat adat dalam masyarakat Melayu, tetapi juga dituntut oleh agama Islam. Nabi Muhammad menyuruh Abdul Rahman bin Auf yang mahu berkahwin agar mengadakan walimatulurus sempena perkahwinannya biarpun sekadar menyembelih seekor kambing.

Antara tujuan mengadakan walimatulurus ialah untuk menyebarkan berita perkahwinan itu. Hebahan itu amat penting bertujuan mengelak fitnah yang mungkin dilemparkan kepada pasangan yang baru berkahwin.

Sekirannya perkahwinan itu tidak diketahui orang lain, mereka mungkin dituduh melakukan maksiat atau perbuatan sumbang apabila berdua-duan. Sekiranya isteri mengandung, kemungkinan dia dituduh berzina.

Hebahan itu juga akan memberitahu mengenai status seseorang wanita menjadi isteri. Hal ini dapat mengelak ada lelaki lain menaruh minat terhadapnya.

Sebab itu, setiap majlis perkahwinan mesti dihebahkan dengan apa cara sekalipun. Jika tidak mampu atau tidak mahu mengadakan walimatulurus, sebarkan berita perkahwinan itu melalui jiran tetangga.

Perbuatan menyumbunyikan status perkahwinan seperti dilakukan seleberiti memang tidak patut dilakukan. Berkahwin dan mempunyai anak sepatutnya menjadi kebanggan dan bukannya satu bebanan yang perlu disembunyikan kepada umum.

Biarpun walimatulurus dianggap sunat muakad, tetapi tidak pula ditetapkan jenis majlis atau besar mana harus diadakan. Apa yang jelas, Rasulullah sentiasa menyebut agar majlis tersebut diadakan biarpun dalam majlis yang kecil.

Majlis walimatulurus sebagai tanda kesyukuran dengan termeterainya ikatan perkahwinan yang menjadi matlamat hidup setiap pasangan. Setiap lelaki dan perempuan yang berkahwin, bermakna menyempurnakan salah satu tuntutan agama.

Perkahwinan merupakan satu mahligai kehidupan untuk melengkapkan tabie kejadian manusia yang mana lelaki dan perempuan selain memerlukan antara satu sama lain. Daripada perkahwinan terbentuknya kehidupan keluarga yang bahagia.

Walimatulurus yang diadakan hendaklah dijemput jiran tetangga yang terdekat tanpa mengira mereka itu kaya atau miskin, ada pertalian saudara atau tidak. Jemputan itu selaras dengan tujuan untuk merapatkan hubungan sesama jiran tetangga.

Penglibatan semua jiran dalam majlis walimatulurus diumpamakan seperti satu keluarga besar. Semua orang berhak bersyukur dan bergembira dengan terlaksananya perkahwinan tersebut.

Amalan menjemput hanya mereka dari kelompok yang setaraf yakni golongan kaya hanya menjemput golongan kaya, tidak mencapai matlamat mengapa majlis tersebut digalak diadakan. Majlis demikian akan menyuburkan lagi sikap mementingkan diri dan sombong di dalam masyarakat.

Sesungguhnya majlis walimatulurus yang diadakan golongan kaya yang tidak menjemput sama gologan orang miskin turut serta adalah majlis tidak diberkati.

Perkara ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis bermaksud: ?Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis walimatulurus yang hanya dijemput orang kaya sahaja, orang fakir dan miskin tidak pula dijemput untuk makan bersama.? (Hadis riwayat Bukhari).

Menyediakan makanan untuk orang lain turut menikmatinya merupakan amalan mulia yang perlu disuburkan dalam masyarakat. Perbuatan itu lambang ikatan persaudaraan dan melahirkan kesyukuran dengan rezeki yang dimiliki.

Keberkatan dan kemuliaan amalan tersebut bertambah-tambah lagi apabila turut dihadiri golongan miskin dan fakir yang amat memerlukan makanan. Golongan ini jarang berpeluang menikmati hidangan yang enak dan lazat.

Sabda Rasulullah bermaksud: ?Sesungguhnya malaikat tetap mendoakan seseorang selama hidangan makanannya masih terhampar atau tersedia untuk tetamu.? (Hadis riwayat Tarmizi).

Memandangkan walimatulurus menjadi satu tuntutan agama, maka sesiapa yang dijemput untuk menghadirinya juga dituntut menghadirinya. Menjadi hak sesama Muslim menunaikan jemputan Muslim yang lain.

Sebuah hadis diriwayatkan Bukhari bermaksud: ?Jika seseorang antara kamu dijemput ke walimatulurus, maka hendaklah dia mendatangi majlis tersebut.?

Individu menghadiri walimatulurus diharuskan membawa hadiah, makanan, atau melakukan gotong royong menjayakan majlis itu. Ini bergantung kepada kemampuan dan keikhlasan masing-masing untuk sama-sama menyumbang menjayakan sesuatu yang baik.

Pun begitu, orang yang mengadakan majlis walimatulurus tidak harus sama sekali mengharapkan hadiah atau sumbangan daripada para jumputan. Jamuan yang disediakan itu hendaklah diniatkan sebagai sedekah dan tidak seharusnya mengharapkan apa-apa balasan.

Sikap sesetengah orang yang mengadakan majlis walimatulurus seumpama satu ?perniagaan? dengan cara mengharapkan sumbangan daripada tetamu yang hadir adalah bertentangan dengan tuntutan agama.

Sudah menjadi kebiasaan, tetamu seperti rasa terpaksa memberi sumbangan kepada tuan rumah. Sebab itu banyak yang akan mengeluh apabila tiba musim di mana banyak pasangan berkahwin mengadakan majlis walimatulurus kerana terpaksa menyediakan peruntukan untuk membeli hadiah atau memberi sumbangan wang.

Kecederungan mengadakan majlis walimatulurus di luar batasan kemampuan banyak mengundang masalah. Amalan berhutang dan menggadaikan harta demi mengadakan walimatulurus yang meriah dan hebat ditegah dalam Islam.

Disebabkan ingin mengadakan majlis walimatulurus yang meriah dan hebat, maka banyak pasangan yang ingin berkahwin terpaksa ditangguhkan disebabkan belum cukup wang. Sesiapa yang menangguh perkahwinan sedangkan telah bertemu pasangan sesuai, sebenarnya tidak peka kepada tuntutan agama.

Islam menggalakkan agar perkahwinan disegerakan. Sabda Rasulullah bermaksud: ?Ada tiga perkara yang tidak bolah dilambatkan, iaitu sembahyang apabila tiba waktunya, menyelenggarakan jenazah dan mengahwinkan seorang perempuan apabila sudah memperoleh jodoh yang sesuai.? (Hadis riwayat Tarmizi).

Allah memberkati perkahwinan dengan melimpahkan kebahagiaan dan rezeki kepada pasangan suami isteri. Pepatah ada mengatakan perkahwinan diumpamakan membuka pintu rahmat dan rezeki.

Firman Allah bermaksud: ?Kahwinkanlah anak-anak kamu (yang belum kahwin) dan orang-orang yang sudah sampai masanya berkahwin dari hamba-hambamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka itu orang-orang yang tidak mampu, mereka Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari anugerah-Nya.? (Surah an-Nur, ayat 32).

Perkahwinan perlu disegerakan tanpa memikirkan penangguhan disebabkan ingin mengadakan walimatulurus yang besar. Sesungguhnya Islam sentiasa mengutamakan kesederhanaan dan melakukan ikut kemampuan.

Firman Allah bermaksud: ?Hamba-hamba Allah ialah mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tidak boros dan tidak kedekut, sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana.? (Surah al-Furqan, ayat 67).

Majlis walimatulurus dalam masyarakat Melayu biasanya turut melibatkan majlis persandingan. Ini dikaitkan dengan amalan Hindu Kuno yang pernah bertapak di negara kita sebelum kedatangan agama Islam.

Namun begitu, ulama sepakat mengatakan hukumnya harus jika dilakukan dengan tertib. Persandingan yang dilakukan hendaklah sekadar bertujuan ?bersua muka? dengan tetamu yang hadir di kalangan ahli keluarga. Pakaian pengantin perempuan mesti menutup aurat.

Majlis persandingan juga mesti tidak mempamerkan unsur membazir dan tidak bertujuan untuk bermegah-megah.



www.panduansuamisteri.blogspot.com

Wednesday, March 5, 2014

9 Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki

Antara ciri-ciri wanita idaman lelaki adalah:

1. Berpegang Kepada Agama


Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Dia tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang mempunyai sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan kerana wanita akan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan dirinya. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia atau dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka mencuci mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita itu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan boleh menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri wanita sejuk mata Memandang adalah:

- Bersopan satun.

- Sentiasa memaniskan wajah.

- Sentiasa memberikan senyuman yang ikhlas.

- Menutup aurat.

- Tidak terlalu cemburu.

- Menghormati orang lain.


www.panduansuamisteri.blogspot.com

Monday, February 17, 2014

Hukum Isteri Menanggung Belanja Rumah


Soalan; Assalamualaikum. Sy ada sedikit kekeliruan tentang nafkah. Semasa di awal perkahwinan, sy pernah memberitahu suami bahawa sy akan membantu suami untuk membayar bil2 utiliti untuk mengurangkan beban suami. Kadang2 sy turut mengeluarkn wang untuk membeli belanja seharian. Setelah beberapa tahun berkahwin, sy dapati pendapatan suami telah meningkat dan sy yakin suami boleh menggunakan wang tersebut untuk membayar bil2 tersebut. Masalahnya adalah sekarang suami seolah2 menganggap sy wajib membayar bil2 rumah dan kadangkala turut mengatakan ayat bahawa asyik dia sahaja yang mengeluarkan wang belanja rumah, minyak kereta dan sebagainya. Apabila sy memberitahu itu adalah tanggungjawabnya sebagai suami, dia akan mengungkit bahawa dia telah banyak mengeluarkan duit sendiri. Apakah hak sy sebagai isteri dlm permasalahan ini? Mintak penjelasan ustaz. Terima kasih.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

1. Nafkah bagi kehidupan suami-isteri (iaitu belanja-belanja keperluan hidup untuk mereka) adalah tertanggung sepenuhnya di atas bahu suami. Ia adalah kewajipan suami yang ditetapkan Syariat. Sabda Nabi SAW; “Wajib atas kamu (para suami) menyediakan untuk mereka (yakni isteri-isteri kamu) rezki mereka dan pakaian mereka mengikut kebiasaannya” (Soheh Muslim; 1218. Abu Daud; 1905, dari Jabir bin Abdullah RA). Menurut ulamak; maksud rezki dalam hadis ialah nafkah hidup merangkumi makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Hukumnya adalah wajib atas suami.[1] Berkata Imam an-Nawawi; terkandung dalam hadis ini kewajipan (suami) menafkahi isteri dan menyediakan pakaian untuk mereka. Hukum ini telah diijmakkan oleh ulamak”.[2]

2. Digalakkan isteri membantu suami, namun bukan atas dasar kewajipan , tetapi semata-mata ihsan darinya sahaja. Para suami perlu menyedari hakikat ini. Tidak harus mereka memaksa isteri untuk turut sama menanggung nafkah keluarga. Isteri yang engkar kepada arahan suami dalam perkara tersebut tidak dianggap sebagai nusyuz di sisi Syariat. Dalam hal ini suami tidak harus menggunakan kuasa vetonya, sebaliknya mengesyorkan secara baik kepada isteri. Isteri pula jangan keberatan membantu kewangan suami selagi termampu kerana wang/harta yang dibelanja untuk suami dan keluarga akan diberi dua pahala/ganjaran oleh Allah; pahala sedekah dan pahala qarabah. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW –tatkala baginda ditanya berkenaan isteri yang membelanjai suami dan anak-anaknya-; “Untuknya dua pahala; pahala qarabah (mengeratkan ikatan keluarga) dan pahala sedekah” (Soheh al-Bukhari; 1466. Muslim; 1000).

3. Apabila suami mengizinkan isteri untuk keluar berkerja, pendapatan isteri adalah milik penuhnya. Tidak harus diambil suami melainkan dengan persetujuannya. Kecuali jika suami mengsyaratkan sebahagian pendapatan hendaklah digunakan untuk belanja rumah sebagai tukaran kepada keizinan yang diberinya untuk keluar berkerja, ketika itu isteri terikat dengan syarat tersebut. Nabi SAW bersabda; “Orang Islam terikat dengan syarat (yang dipersetujui) sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram” (as-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 11430, dari ‘Amru bin ‘Auf al-Muzani RA). Tanpa syarat tersebut, kewajipan nafkah sepenuhnya atas suami.[3]

Wallahu a’lam.


[1] Mirqaat al-Mafatih, Syeikh ‘Ali al-Qari (5/1772). Mir’aat al-Mafatih, al-Mubarakfuri (9/25).

[2] Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi (8/184).

[3] Fatawa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (2686).


Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

10 Kemungkaran Dan Bidaah Dalam Majlis Kahwin Melayu


Ini merupakan sedikit sebanyak kemungkaran dan bidaah yang sering dilakukan dalam majlis perkahwinan melayu.. Semoga perkongsian yang dipetik dari Facebook ini dapat dimanfaatkan bersama, insyaAllah.. Antara 10 kemungkaran dan bidaah dalam majliskahwin melayu yang sering dilakukan ialah..

1. Membuka Aurat

Perbuatan mendedahkan aurat di khalayak ramai (para hadirin) oleh wanita pada masa ini semakin banyak dilakukan di dalam majlis-majlis walimah. Malah ianya sudah menjadi satu trend (gaya) dalam kalangan umat Islam setiap kali pasangan pengantin melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Terdapat sebagahagian wanita yang asalnya bertudung, tetapi apabila tiba hari perkahwinannya, dia dengan relanya membuka tudung dan menededahkan bahagian-bahagian aurat tertentu. Termasuk perbuatan mendedahkan aurat adalah dengan memakai pakaian yang ketat sehingga menggambarkan bentuk tubuh badan, mengenakan pakaian dengan kain yang jarang, dan mengenakan kain yang tipis.

Sedangkan Allah s.w.t berfirman: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada (mahram mereka).” (Surah an-Nuur, 24: 31)

2. Bersolek dan memakai wangi-wangian bagi wanita

Dari Abu Musa al-Asy’ary r.a, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Wanita yang memakai wangi-wangian, dan kemudian dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut adalah wanita penzina.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, no. 2786)

Alasan dari larangan tersebut dapat dilihat dengan jelas iaitu menggerakkan panggilan syahwat (kaum lelaki). Sebahagian ulama telah mengaitkan perkara lain dengannya, seperti memakai pakaian yang cantik (melawa), perhiasan yang ditampakkan, dan bercampur baur dengan kaum lelaki. (Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari, 2/279. Rujuk: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 151, Pustaka Ibnu Katsir)

Allah s.w.t berfirman: “…Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)

3. Mencukur Kening dan Memakai Rambut Palsu

Sabda Rasulullah s.a.w: “Allah melaknat orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu kening), dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 4886)

4. Memanjangkan Kuku dan Mewarnakannya Dengan Pewarna

Rasulullah s.a.w bersabda: “Termasuk fitrah bagi manusia itu ada lima: Khitan, mencukur bulu kemaluan, merapikan misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5889)

Berkenaan permasalahan trend mewarnakan kuku ini, Syaikh al-Albani rahimahullah berkata: “Ini adalah merupakan kebiasaan buruk yang dilakukan oleh wanita-wanita Eropah kepada wanita-wanita Islam, iaitu memanjangkan kuku dan mewarnakannya dengan warna merah atau selainnya dengan kuteks (pewarna/pengecat kuku). Kebiasaan ini juga turut dilakukan oleh sebahagian pemuda. Perbuatan ini selain mengubah ciptaan Allah, ia juga menjadikan pelakunya terlaknat dan perbuatan ini termasuk meniru-niru (tasyabbuh) perbuatan wanita-wanita kafir.“

Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadith Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no. 6149, juga dijelaskan di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)

5. Mencukur Janggut

Sebahagian kaum lelaki muslim pada masa ini tidak lagi berminat memelihara janggut dan membenci memelihara janggut. Malah, ada pula di antara mereka yang mencukur janggutnya semata-mata untuk nampak bergaya di majlis perkahwinannya. Sedangkan, perbuatan memelihara janggut adalah sebuah sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, dan di dalam banyak hadith-hadithnya berkenaan janggut ia menunjukkan sebuah perintah yang perlu diikuti.
Daripada Ibnu ‘Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Selisihilah kaum majusi, rapikanlah misai, dan peliharalah janggut.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5893)
6. Mengkhususkan Adanya Cincin Perkahwinan
Perbuatan bertukar cincin atau menetapkan adanya cincin perkahwinan, pertunangan, atau pun pernikahan, ianya sama sekali bukan berasal daripada ajaran Islam. Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah: “Tindakan ini (menyarung cincin) selain meniru tradisi orang-orang kafir sehingga menjadi sebuah larangan, ia juga mengandungi pelanggaran terhadap dalil-dalil hadith yang melarang lelaki mengenakan cincin emas.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 191, Media Hidayah)Asal perbuatan (adat) menyarung cincin perkahwinan ini adalah berasal dari adat kepercayaan kuno kaum Nasrani (kristian). Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani di dalam kitabnya, Adabuz Zifaf.


Syaikh Ibnu Bazz rahimahullah (Mufti Saudi Arabia) menjelaskan: “Kami tidak mengetahui dasar amalan ini (sarung cincin) di dalam syariat.” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/129. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)

7. Adat Bersanding dan Pelamin

Perbuatan mengadakan pelamin dan adat bersanding bukanlah sebuah amalan yang berasal dari ajaran Islam. Malah, ia mungkin ditiru dan berasal dari ajaran Hindu atau pun Kristian. Ini adalah kerana amalan tersebut sangat mirip dengan adat upacara perkahwinan mereka.

Menurut Syaikh Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Jibrin hafizahullah: “Perbuatan ini (bersanding) adalah tidak dibenarkan. Sebab ini adalah bukti atas tercabutnya rasa malu dan taqlid (mengikuti) kepada kaum yang suka kepada keburukan. Perkaranya adalah jelas. Pengantin wanita sepatutnya merasa malu menampakkan diri di hadapan manusia, lalu bagaimana dengan perbuatan tersebut yang sengaja dilakukan di hadapan orang-orang yang sengaja menyaksikannya?” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/188. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)

Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah berkata: “Di antara perkara mungkar, bahawa rasa malu sebahagian manusia telah tercabut dari mereka. (Adalah) seorang suami datang di tengah kaum wanita dan naik pelamin bersama isterinya di hadapan kaum wanita, iaitu pada awal pertemuannya dengan isterinya untuk bersanding dengannya, bersalaman tangan dengannya, mungkin menciumnya, dan mungkin memberikan hadiah kepadanya berserta coklat dan selainnya yang dapat menggerakkan syahwat dan mengakibatkan fitnah.” (Min Munkaratil Afraah, m/s. 7, 10. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 231, Pustaka Ibnu Katsir)


8. Menabur Gula-gula, Coklat, dan Bunga
Perbuatan ini tidak terdapat di dalam syariat atau pun majlis walimah sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Ada pun sebenarnya, perbuatan ini termasuk meniru-niru perbuatan kaum kafir yang diambil dari perbuatan kaum kristian yang menabur bunga di acara-acara perkahwinan mereka.

Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadith Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no. 6149, juga di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)

Imam Ibnu Katsir menjelaskan di bawah penafsiran Surah al-Baqarah, [2:104]: “Allah Ta’ala melarang hamba-hamba-Nya yang beriman menyerupai (syi’ar) orang-orang kafir, sama ada dalam ucapan mahu pun perbuatan mereka.” (Ibnu Katsir, Shahih Tafsir Ibnu Katsir (Judul asal: al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, Selenggaraan Syaikh Syafiurrahman al-Mubarakfuri), jil. 1, m/s. 364, Pustaka Ibnu Katsir)

Sekiranya amalan tersebut disandarkan kepada agama, maka perbuatan tersebut termasuk meletakkan perbuatan yang tiada asalnya di dalam agama, maka ia adalah bid’ah lagi sesat. Ini adalah kerana walimatul urus adalah sebuah aturcara agama sebagaimana yang diperintahkan (ditekankan) berdasarkan sunnah yang jelas.

Dari ‘Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru di dalam agama kami ini, maka ianya tertolak.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 2697)

Dari Irbadh bin Sariyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4607)


9. Adat Merenjis Air Mawar

Adat ini juga bukan berasal dari Islam. Mungkin ia diambil dari amalan masyarakat Hindu. Selain merupakan perbuatan yang ditokok tambah (bid’ah) di dalam walimatul urus, malah ianya juga boleh menjurus kepada perbuatan syirik sekiranya dengan perbuatan merenjis tersebut disertakan dengan i’tiqad (keyakinan-keyakinan) tertentu seperti mempercayai pasangan pengantin yang direnjis akan mendapat kebahagiaan dan seumpamanya.



10. Mewajibkan Adanya Duit dan Barang Hantaran

Adat ini ditetapkan oleh kebanyakan masyarakat Melayu secara umumnya iaitu dengan mewajibkan pihak lelaki (atau bakal/calon suami) supaya membayar sejumlah wang yang dinamakan sebagai wang hantaran kepada keluarga pihak perempuan. Kebiasaannya (pada masa ini) sehingga RM10,000 atau lebih dari itu bergantung kepada status pendidikan atau pun permintaan wanita yang hendak dinikahi. Nilai wang hantaran ini akan ditetapkan oleh sama ada bakal isteri atau pihak keluarga bakal isteri. Sekali imbas, perbuatan ini adalah seakan-akan sebuah perbuatan jual beli wanita. Dan wang ini akan diserahkan kepada keluarga si isteri.

Dan kemudiannya, kedua-dua pihak akan saling bertukar barang hantaran tertentu sesama mereka. Di mana mereka mengkhususkan dengan jumlah bilangan tertentu, seperti 5 dulang dari lelaki berbalas 7 dulang barangan tertentu dari pihak perempuan, atau 7 dulang dari pihak lelaki berbalas 9 dulang dari pihak perempuan, atau 9 dulang dari pihak lelaki berbalas 11 dulang dari pihak perempuan, dan seterusnya.

Ada pun sebenarnya perbuatan ini langsung tidak pernah ditetapkan oleh Islam, dan perbuatan ini merupakan perbuatan bid’ah iaitu amalan yang ditokok tambah ke dalam majlis walimah umat Islam. Adalah menjadi suatu yang sunnah di dalam agama supaya memudahkan urusan pernikahan (juga urusan yang lain), tetapi, dengan ditambahnya amalan-amalan seperti ini, ia hanya akan menyusahkan (memberatkan) pasangan yang hendak berkahwin dan ia sekaligus menggalakkan maksiat sekiranya perkahwinan ditangguhkan hanya semata-mata disebabkan perkara yang karut ini.

Dari Irbadh bin Sariyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4607)

Namun, apa yang diwajibkan atau pun disunnahkan di dalam syariat hanyalah memberikan mahar (mas kahwin) oleh lelaki kepada wanita yang dinikahi, sama ada berdasarkan apa yang diminta oleh wanita tersebut atau pun tanpa diminta. Dan maskahwin ini tidaklah semestinya di dalam bentuk wang ringgit atau barang-barang tertentu. Ianya sama ada tertakluk berdasarkan apa yang diminta oleh wanita, atau pun bebas dengan apa yang hendak diberikan oleh si lelaki jika si wanita tidak menetapkannya. Dan mahar adalah merupakan salah satu rukun dan syarat sahnya nikah.

Allah s.w.t berfirman:

“Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan…” (Surah an-Nisaa’, 4: 4)

“… Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban…” (Surah an-Nisaa’, 4: 24)

Dan mahar yang paling baik adalah mahar yang paling mudah, ringan atau tidak mahal (tidak menyusahkan dan memberatkan si suami). Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Pernikahan yang paling besar keberkahannya adalah yang paling mudah maharnya.” (Hadith Riwayat Ahmad, no. 24595)

Perbuatan meninggikan atau memahalkan penetapan nilai mahar adalah satu perbuatan yang dibenci oleh agama sebagaimana disebutkan di dalam beberapa hadith. Umar al-Khaththab r.a berkata: “Ingatlah, janganlah meninggikan nilai mahar wanita. Jika itu merupakan kemuliaan di dunia atau taqwa di sisi Allah, sudah tentu yang paling utama melakukannya adalah Rasulullah s.a.w.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 2106) (Rujuk: Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah, m/s. 76, Dar an-Naba’)

Sahih di dalam beberapa riwayat bahawa Rasulullah dan beberapa sahabat berkahwin dengan mengeluarkan mahar yang sangat kecil. Malah di sebahagian keadaan, ada yang memberikan mahar dalam bentuk cincin besi, baju besi, memerdekakan hamba, dengan hafazan Al-Qur’an, dengan mengajarkan surah-surah tertentu dari Al-Qur’an, dengan segenggam kurma, dengan mengislamkan seseorang, dengan sebiji emas sebesar biji kurma, dan selainnya. – Wallahua’lam



www.panduansuamisteri.blogspot.com

Sumber : Penpatah

Cara Didik Isteri Degil


Sudah dinasihati secara lembut tetapi tetap juga tidak mahu mendengar. Tidak tahu teknik menegur isteri yang degil sebegini, suami mula mengambil jalan pintas. Menggunakan alasan tidak mahu mendengar kata, maka isteri diduakan. Jadi bagaimana mahu berdepan dengan sikap isteri yang degil tak dengar nasihat ini?

Menurut pendakwah bebas dan penulis buku motivasi, Ustaz Mohd Fikri Che Hussain kisah degil para isteri ini telah pun berlaku sejak dari zaman para nabi terdahulu. Kisah isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth a.s yang mengingkari dan menolak dakwah suaminya, hingga mereka termasuk di kalangan orang yang kufur dan dimurkai oleh Allah diabadikan dalam al-Quran untuk ditatapi sebagai pedoman dan panduan hidup.

Lumrah perkahwinan ada dugaannya dan diuji dengan isteri yang degil mungkin sebahagian daripada dugaan buat suami. Boleh jadi ia berpunca daripada sikap isteri yang kurang matang, terlalu manja, emosional tak bertempat, terlalu cemburu, kerap merajuk, ego dan sombong serta perkahwinan tidak sekufu. Oleh itu bagaimana suami mendidik isteri sebegini. Ikuti tips daripada Ustaz Mohd Fikri.

Nasihati isteri dengan kebaikan

Bagi suami yang ingin membentuk sahsiah dan peribadi isteri yang bersikap sedemikian, nasihatilah isteri dengan kebaikan. Gunakan kata-kata yang baik dan boleh melembutkan hatinya.

Berikan pujian pada setiap kebaikan yang dilakukan. Untuk mencapai matlamat itu, suami perlu menggunakan kata-kata g baik yang boleh melembutkan hati isteri. Wanita gemar jika dipuji. Sebab itulah, suami perlu memuji isteri pada setiap kebaikan yang dilakukan. Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dan makian yang membuatkan isteri ingat sampai bila-bila.

Memulau isteri

Ada juga isteri yang tidak suka mendengar nasihat walau dimarahi. Dalam situasi ini suami boleh bertindak memulaukannya hingga ke tahap memukulnya tanpa mencederakannya. Firman Allah dalam surah An Nisa ayat 34 yang bermaksud; “Perempuan-perempuan yang kamu khuatirkan akan nusyuz hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkan mereka di tempat tidurnya atau pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaati kamu maka janganlah mencari-cari alasan untuk menyusahkan mereka.”

Tundukkan isteri dengan kasih sayang

Dalam konteks menegur isteri agar tidak terasa hati ini sebenarnya ia tidak perlu pukulan, makian dan pemulauan terhadap si isteri, paling mustahak adalah kasih sayang dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar. Berbincanglah dan berbuallah,dengar rintihannya dan ajaklah dia memahami anda. Isteri adalah manusia biasa yang perlu dibelai dan dipujuk demi mencari bahagia dalam kehidupan.

Latih diri kenali hati budi isteri

Gunakan sebaiknya masa yang ada untuk menegur sikap isteri dan berlatihlah mengenali hati budinya yang positif dan negatif dalam menelusuri ranjau kehidupan. Dalam hal ini, ia merupakan satu usaha yang berbaloi bagi suami dalam membina sebuah rumah tangga yang matang dan bahagia di masa hadapan.

Jangan libatkan orang luar

Ada kalanya keluarga perlu membantu untuk menegur sikap isteri. Tetapi apa yang sebaiknya dalam soal yang remeh ia tidak perlu dicampuri oleh orang lain kerana kebiasaannya rumah tangga yang berantakan ini berpunca daripada campur tangan pihak ‘luar’.

Jangan jadikan ini satu kesilapan dengan membawa orang lain membantu mengatasi masalah rumah tangga kerana mereka juga bermasalah. Cara biasa mereka ingin menghentikan masalah orang lain yang kerap mengganggu hidup mereka ialah ‘memendekkan’ masalah tersebut agar tidak mengganggu kehidupan mereka lagi. Tidak hairanlah separuh kes perceraian yang banyak berlaku di negara kita adalah berpunca campur tangan luar sama ada keluarga, adik beradik, kawan rapat dan orang ketiga.

www.panduansuamisteri.blogspot.com



Saturday, February 15, 2014

Jangan Engkau Kahwini 6 Golongan Wanita Ini


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1. Wanita Ananah
: wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah
: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah :

ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua
dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6. Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


 www.panduansuamisteri.blogspot.com

Sumber

INFO! Rahsia Kelebihan Tidur Berbantalkan Celah Ketiak Suami

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.

Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang?

Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.

Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.

Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…

FAKTA…. Serius….

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

Jadi...pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda cukur licin ketiak atau biarkan berbulu?



www.panduansuamisteri.blogspot.com

Thursday, February 13, 2014

Kesan Buruk Bersetubuh Ketika Haid



Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)

Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)

Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.

Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid

Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajukWomen With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIVmeningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springsmenunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerapmengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atauovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.

Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.

Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.

Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.
Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak, “Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?” Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)
Wallahu’alam…. 



www.panduansuamisteri.blogspot.com

Wednesday, January 29, 2014

Didikan Anak-Anak Menurut Islam

DIDIKAN ANAK-ANAK MENURUT ISLAM

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

…Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”


www.mummyceria.blogspot.com

Wednesday, January 22, 2014

Berita Baik Untuk Lelaki Yang Ingin Berpoligami

BERITA baik buat para suami yang ingin berpoligami! Jika permohonan anda untuk berkahwin lagi ditolak bulat-bulat oleh si isteri anda tidak perlu risau.

Dengan kemajuan teknologi maklumat, para suami kini boleh membuat carian di Internet untuk mendapatkan khidmat syarikat tempatan dalam membantu mereka menguruskan perkahwinan di selatan Thailand.

Mungkin situasi sebegini bernada agak melucukan dan kurang enak didengar oleh isteri pertama. Namun hakikatnya, fenomena ini memang kerap berlaku di seantero pelusuk negara.

Fenomena berkahwin di Thailand amat sinonim di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Kita juga kerap diberitakan dengan perkahwinan artis-artis tempatan di Thailand.

Namun, tidak ramai yang tidak sedar betapa senangnya untuk menguruskan perkahwinan di Negara jiran itu.

Siasatan Malaysian Digest mendapati terdapat lebih 10 laman web yang menawarkan khidmat pengurusan berkahwin di selatan Thailand dan syarikat-syarikat ini aktif beroperasi di sekitar Kuala Lumpur.

Antara pakej yang diiklankan di laman sesawang mereka dinamakan sebagai ‘Urusan Khidmat Pernikahan’, ‘Nikah Siam’, ‘Kahwin Lari’ dan‘Pakej Poligami dengan menggunakan Kadi Wali Hakim Di Thailand’.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan syarikat-syarikat ini, penulis bersama teman sekerja lelaki yang berlakon sebagai pasangan yang mahu berkahwin, cuba menelefon beberapa nombor yang tertera di Internet. Apabila dihubungi, kebanyakan laman web yang menawarkan pakej berkahwin di Thailand itu mendakwa operasi mereka adalah sah.

Namun tidak ada satu pun laman web yang mendedahkan nombor pendaftaran syarikat mereka. Kredibiliti mereka hanya disahkan melalui slogan 'Diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia' yang dipaparkan di muka web mereka.

Malah ada juga yang mempromosikan khidmat mereka menerusi laman sosial Facebook tanpa berselindung.

Pakej Murah

Sebanyak lima laman web cuba dihubungi penulis. Penulis terpaksa menunggu agak lama untuk panggilan penulis dijawab ‘pegawai’ syarikat-syarikat tersebut. Setelah membuat cubaan berkali-kali, hanya satu panggilan sahaja yang mendapat respon.

Panggilan tersebut dijawab oleh seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Ridwan. Dengan bersahaja, beliau menerangkan segala prosedur dalam pakej tawarannya tanpa teragak agak dan dalam nada yang bersemangat. Beliau kedengaran seperti seorang yang amat berpengalaman dalam pengurusan khidmat ini.

Malah katanya harga yang ditawarkan beliau amat rendah berbanding dengan agen nikah lain. Malahan beliau cuba meyakinkan penulis bahawa perkhidmatan yang disediakannya adalah serba lengkap sehingga syarikatnya mendapat surat pengesahan daripada Konsulat Malaysia. Reputasi yang diraih ini digunakan sebagai justifikasi populariti syarikatnya di kalangan pasangan Malaysia.

"Kami tidak meminta apa-apa deposit. Semua bayaran boleh dibuat pada hari akad nikah.

"Anda cuma perlu bayar RM1,700 apabila tiba di Bukit Kayu Hitam, Kedah (bandar di sempadan Malaysia-Thailand). Bila encik sampai disana kami akan uruskan semuanya, termasuk hal-hal visa dan dokumen lain," jelasnya kepada penulis dan ‘pasangan’.

Ditanya mengenai mengapa kami perlu berkumpul di Kedah, Ridwan memberi jawapan ini adalah kerana ramai pelanggannya dari seluruh Malaysia yang memang menggunakan Bukit Kayu Hitam sebagai lokasi untuk berkumpul.

"Semalam ada tiga pasangan dan bilangan ini akan meningkat apabila tiba hujung minggu nanti," katanya dengan penuh yakin.Salah satu laman web yang menyediakan khidmat pakej perkahwinan di Thailand.Salah satu laman web yang menyediakan khidmat pakej perkahwinan di Thailand.

Tidak berakhir disitu, penulis membuat panggilan seterusnya dengan harapan dapat menyelongkar isu ini dengan lebih lanjut lagi. Kali ini penulis menghubungi laman web yang berbeza.

Pada mulanya, penulis gagal untuk mendapat sebarang jawapan daripada agen tersebut sebaliknya telah menerima sebuah khidmat pesanan ringkas (SMS). Si agen memberitahu yang beliau berada di dalam sebuah seminar dan memohon maklum balas melalui SMS sahaja.

Tanpa membuang masa penulis terus menyatakan hasrat untuk menggunakan pakej yang ditawarkan oleh ‘syarikat’ tersebut dan berhasrat untuk bercakap secara langsung dengan agen tersebut.

Apa yang berlaku selepas itu amat mengejutkan. Agen tersebut rupa-rupanya adalah individu yang sama dihubungi sebelum ini. Setelah diteliti,individu ini menggunakan modus operandi menggunakan laman sesawang yang berbeza untuk mengiklankan pakej perkahwinan yang sama.

Dengan menggunakan gelaran yang sama, Ridwan pada awalnya teragak-agak untuk menjawab pertanyaan penulis. Di saat ini, beliau sudah mula mengesyaki sesuatu yang agak janggal, mungkin kerana beliau mengenali nombor telefon penulis.

Namun setelah dijelasnya niat untuk menyertai pakej yang ditawarkan, beliau terus rancak bercerita mengenai pakej syarikatnya.

Pakej kali ini merangkumi pengangkutan dari Bukit Kayu Hitam, melepasi pintu sempadan Malaysia-Thailand, khidmat nasihat mengenai dokumen penting, paspot, penginapan hotel dan penyediaan makan dan minum sehingga ke lokasi di Narathiwat, Songkhla.

Jelasnya, dari Songkhla, pasangan akan dibawa untuk berkahwin di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) atau di Majlis Agama Islam Phatthalung, Thailand. Ridwan berkata, kedua-dua majlis agama ini diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Lebih menarik, Ridwan turut berkata sijil nikah yang dikeluarkan oleh MAIS akan disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songkla.

"Konsulat Malaysia di Songkla adalah satu-satunya konsulat di Selatan Thai. Konsulat inilah yang bertanggungjawab untuk mengesahkan sijil perkahwinan dari seluruh Selatan Thai bagi rakyat Malaysia yang kahwin lari dan bernikah di Siam," jelasnya.

Rakan Kongsi

Jika ada jodoh tidak ke mana.Jika ada jodoh tidak ke mana.Setelah ditanya dengan lebih mendalam, Ridwan mula kedengaran seperti tidak mahu meneruskan perbualan. Beliau seterusnya mempelawa penulis untuk berkunjung ke pejabatnya yang terletak di Subang bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas. Beliau juga menyatakan segala maklumat boleh didapati di laman sesawangnya.

Menurutnya, selepas semua persetujuan dilakukan, pasangan yang ingin berkahwin di Thailand dikehendaki untuk bergerak ke Bukit Kayu Hitam tanpa membawa mana-mana individu atau pihak lain untuk menemani mereka.

“Pasangan boleh pergi menggunakan bas terus ke Bukit Kayu Hitam ataupun memandu sendiri ke sana kerana kemudahan untuk memakir kereta memang terdapat di situ.

“Namun, pasangan yang terlibat akan diuruskan oleh individu lain di sana dan namanya Salleh. Saya tidak akan ke sana,” katanya yang mendakwa segala masalah di sana akan dapat diselesaikan ‘Salleh’.

Tambahnya, segala persiapan dan urusan di sana akan diatur dan dikendalikan oleh Salleh termasuklah membawa pasangan yang ingin berkahwin ke MAIS.

Khidmat untuk semua

Setelah difikirkan, penulis cuba meletakkan diri sebagai pasangan yang mempunyai masalah untuk mendirikan rumahtangga di sini. Mungkin pasangan yang terlibat terpaksa berkahwin di Thailand ekoran tentangan daripada ahli keluarga dan pakej sebegini adalah jawapan terbaik buat mereka dalam mencari jalan penyelesaian.

Salah satu perkara yang menarik perhatian penulis adalah pakej perkahwinan yang ditawarkan untuk pasangan yang masih menuntut.

Menurut laman web Ridwan, Thailand ialah lokasi untuk menjalankan nikah gantung atau nikah khitbah bagi pasangan pelajar. Kebanyakan pasangan begini adalah mereka yang sudah bercinta lama tetapi mendapat tentangan keluarga untuk berkahwin.

Pasangan juga dinasihatkan untuk membawa video kamera untuk merakamkan akad nikah mereka di Thailand. Video yang terhasil boleh ditunjukkan kepada hakim mahkamah syariah semasa pengesahan nikah di Malaysia kelak.

Penulis cuba untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) tentang kesahihan pakej-pakej perkahwinan di Thailand ini namun tidak ada pegawai yang membalas panggilan penulis.

Namun, menurut JAKIM, hukum nikah di luar negara adalah sah dengan syarat pernikahan itu mengikut rukun nikah dan melebihi dua marhalah (89km)

Malah ianya juga sah sekiranya pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim. - MalaysianDigest.Com



www.panduansuamisteri.blogspot.com

Wednesday, January 15, 2014

Tip Dan Panduan Membina Keluarga Bahagia


Tips serta panduan bagaimana membina keluarga bahagia berdasarkan kepada keluarga bahagia Rasulullah SAW.


Membina keluarga Bahagia


Asas pertama membina keluarga bahagia ialah keimanan serta ketakwaan kepada Allah kerana perkara itu dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud:

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertakwa.” (Surah Ali-Imran, ayat 133)

Hanya mereka yang memiliki keimanan dan ketakwaan kepada Allah mampu melayari kehidupan berumah tangga yang bahagia. Malah, perkara itu turut dijelaskan Rasulullah SAW mengenai cara memilih pasangan.

Apabila kita berkahwin, pastinya kita ingin bahagia. Hakikatnya, bahagia itu subjektif kerana ada melihat bahagia dari segi material yang dimiliki tetapi ada juga yang kaya namun hidup tidak bahagia.

Oleh itu, Rasulullah sudah memberi panduan jika ingin memilih pasangan, pilih yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Jika kita pilih pasangan yang memiliki ciri-ciri ini, akan bahagia dunia dan akhirat.


Mawaddah Warahmah Atau kasih sayang


Asas kedua ialah mawaddah warahmah atau kasih sayang yang juga ditunjukkan Rasulullah SAW melalui dua pendekatan iaitu dengan kata-kata dan perbuatan yang melambangkan kasih sayang antara suami isteri.

selain memanggil pasangan dengan panggilan elok penuh penghormatan, kasih sayang juga perlu ditunjukkan menerusi kebiasaan memberi hadiah, sentuhan, khidmat serta meluangkan masa bersama.


Kehidupan Yang Seimbang


Untuk hidup yang seimbang pula, Muslim perlu ada empat unsur yang sentiasa dipelihara dengan bersungguh-sungguh.

Empat unsur itu ialah fizikal yang merujuk kepada perlunya menjaga makan minum. Emosi membabitkan kasih sayang diikuti rohani iaitu ibadat kita kepada Allah. Akhirnya, akal yang makanannya adalah ilmu. Semua unsur ini dapat membantu mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Pergaulan Yang Baik


Asas lain ialah pergaulan yang baik, amanah dan tanggungjawab, rezeki halal, berdoa kepada Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa. Kesemua asas itu jika dipelihara oleh suami dan isteri akan melahirkan kehidupan bahagia serta membina anak salih.

Pergaulan yang baik antara suami, isteri dan anak penting kerana suasana yang baik itu secara tidak langsung akan mendorong setiap ahli keluarga menghargai serta menghormati, akhirnya mengukuhkan hubungan kasih sayang.

Maksud pergaulan baik ialah berbicara dengan penuh lemah lembut terhadap pasangan masing-masing dan anak-anak. Meniru cara Khadijah bergaul dengan Rasulullah SAW.

Ketika Khadijah ingin menghidangkan makanan kepada Rasulullah, Jibril sudah memberitahu Baginda akan kedatangan Khadijah yang membawa makanan. Jibril meminta Baginda menyampaikan salam Jibril dan salam daripada Allah yang sudah membina istana untuk Khadijah di syurga.


Apabila ditanya kenapa Khadijah mendapat penghormatan itu, Allah berkenan dengan dua perkara yang dilakukan Khadijah kepada Rasulullah SAW iaitu:

Tutur katanya yang lembut dan layanan baik diberikan kepada Baginda.

Justeru, bagi isteri atau suami yang menginginkan ganjaran syurga, maka berkatalah dengan lemah lembut dan berikan layanan baik kepada pasangan. Inilah yang sepatutnya dilakukan untuk membina keluarga bahagia.


Sumber Rezeki Yang Halal


Ramai yang tidak memberi perhatian kepada sumber rezeki kerana beranggapan ia bukan sebahagian daripada faktor yang membantu keluarga mencapai kebahagiaan sedangkan aspek itu memainkan peranan penting.

Rasulullah SAW sudah menjelaskan bahawa makan yang dimakan akan menjadi darah daging. Makanan yang haram tempatnya di neraka sementara makanan daripada sumber halal serta suci membolehkan doa dimakbulkan.

Begitu juga berbuat baik kepada ibu bapa kerana selain menjaga hati kedua-duanya, anak juga bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada ibu bapa termasuk menyelesaikan hutang serta tuntutan haji mereka.


Oleh: Wan Akashah Wan Abdul Hamid dan Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood. Program Bicara Keluarga Bahagia anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Badan Khairat The News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).
Wallahu’alam….

Wednesday, January 8, 2014

Ni antara tips2 utk mudahkan bersalin


Ni antara tips2 utk mudahkan bersalin:

2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.

Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.

Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka

Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction

Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin

Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin

Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg aku amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)

Makan kurma dalam bilangan ganjil

Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby

Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby

Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk (aku mmg failed nak pegang buku lali. Peha besar sgt...so pegang je la besi palang katil tu)

Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut

Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2

Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air

Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu

Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang

**********************************************
"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".

Mohon mummy yg baca tolong SHARE utk pengetahuan bersama. Secebis kebaikkan kita sebarkan, sejuta keberkatan kita dapat.



www.mummyceria.blogspot.com


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...





Powered By IMuslimNetwork
Support Us!